Jom Kita Berkawan

Friday 21 October 2011

Luahkan Pada Yang SelayakNYA



Bila kamu sukakan seseorang, perlu ke kamu luahkan padanya??? Bagi aku, Cinta Yang Mahal itu Tak Perlu Diluahkan dan Tak Perlu diungkapkan dengan kata-kata.

Meskipun teringin sekali untuk meluahkan....namun takkan termampu untuk aku mengungkapkan kata-kata keramat itu. Mungkin kerana prinsip yang selalu aku pegang dalam diri "Takkan sesekali meluahkan rasa cinta pada lelaki melainkan lelaki itu yang meluahkan rasa hatinya padaku".

Mungkin prinsip yang aku pegang ini kedengaran agak pelik, namun sebagai seorang wanita..aku masih punyai maruah dan harga diri. Aku masih punyai rasa malu dalam diri untuk meluahkan rasa cinta pada seorang insan bergelar lelaki. Dan cara yang terbaik aku lakukan adalah meluahkan segala isihatiku pada Yang SelayakNYA.

Hanya ALLAH menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa hatiku dan hanya DIA juga yang tahu segala rahsia yang terpendam dilubuk hatiku. Tanpa jemu DIA mendengar rintihan hatiku walaupun aku seringkali mengadu padaNYA.

Dalam setiap doaku, aku seringkali memohon agar DIA memberi aku kekuatan, memberi aku ketabahan agar aku mampu menerima takdirNYA dengan hati yang redha dan terbuka. Sekarang aku dapat merasai ketenangan yang selama ini aku cari.


Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia,
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya,
Tapi luahan pada Allah, beritahu Allah,
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa,
Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah,
kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah,
Maka ia pun berhilir kerana Allah.

Jika dirimu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.

Ya Allah, jika ia benar untukku,
Kau pertemukanlah kami diwaktu yang tepat,
Jika ia bukan untukku...
Kau jadikanlah diri ini redha dan pasrah dalam menerima ketentuanMu,
Kau gantilah ia dengan yang lebih baik untukku,
Agar pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul bisa membantuku 
dalam menemui cintaMu yang bisa menyuburkan hatiku dengan keimanan.







Sunday 16 October 2011

Saya Tahu Saya Tak Cantik....




Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar.

Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak.....InsyaAllah.


"Dunia adalah perhiasan, Seindah hiasan adalah wanita solehah.....:)"










Friday 14 October 2011

Mana Mak???




Jam 6.30 Petang

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana???"

Mak jawab, "Ada kat dapur tolong siapkan makanan."

Ayah tanya lagi, "Angah mana???"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana???"

Mak jawab, "Ateh, Kak Chik tengok TV dengan Alang di dalam."

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik???"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal Adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan Ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari Ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua Puluh Tahun Kemudian

Jam 6.30 Petang

Ayah balik ke rumah. Baju Ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak???"

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu"

Ayah tanya Angah, "Mana Mak???"

Angah menonton TV. Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak???"

Ateh menjawab, "Entah"

Ateh terus membaca majalah tanpa terus menoleh ke arah Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak???"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncangkan bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Chik dan Adik yang sibuk melayari Facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang Ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak.. Tidak ada siapa yang ingin merasa tahu di mana Mak.. Mata dan hati anak-anak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu di mana Mak setiap kali Ayah bertanya. 

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, " Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik."

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya, "Mana Mak???". Apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak???" apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya, "Dimana Mak???"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak???" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak.. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh susuk Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung sudah tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkus plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah, Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketat rapat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa megusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.  

Baju Mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagaimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad. Seringkali Mak akan bagi bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Setelah Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuapkan nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak akan berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang menjemput Mak.

Mak tahu anak-anak Mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata Ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka dah ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau kita tak merasa naik kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita dibahu mereka."

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Chik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh Koci masih belum di usik oleh anak-anak Mak.







Beberapa Tahun Kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Chik dan Adik, "Mana Mak???".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada". Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Chik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan lagi di sisi anak-anak Mak.

Dalam isakan tangis, Along, Ateh, Alang, Kak Chik, dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dahulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Chik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Chik dan Adik, mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa Ayah telefon untuk beritahu Mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak mak. Mak tidak sempat merasa diangkat diatas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu Ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih kerana tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah. "Mana Along", "Mana Angah", "Mana Alang", "Mana Ateh", "Mana Kak Chik", atau "Mana Adik". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan Ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu dimana anak-anak Mak berada pada setiap waktu dan pada setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa dihati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Ditepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri "Mulai hari ini tidak perlu lagi bertanya kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Chik dan Adik, "Mana Mak???".

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang, Kak Chik dan Adik mengikut dari belakang. Hati Ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang-bayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang???, Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal".

"Ayah, ayah.....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh....
terketar-ketar Ayah bersuara "Mana Mak???".

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan, "Mana Mak???" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan insan yang bergelar anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw, Ibu 3 kali lebih utama dari Ayah. Bayangkanlah Ibu berapa kali lebih utama daripada isteri, pekerjaan, dan anak-anak sebenarnya. Sekadar renungan bersama. Sayangi dan hormati mereka sementara mereka masih bernafas didunia ini.







Thursday 6 October 2011

Hati Dan Perasaan




Sukar untuk kita memahami hati dan perasaan sendiri......Lebih-lebih lagi untuk memahami hati dan perasaan orang lain.

Kadang-kadang teringin sekali menyingkap di lubuk hatinya. Ingin sekali menyelami hatinya dan ingin sekali mengetahui isi hatinya.

Saat pertama kali mengenalinya.......kulihat sesuatu yang berbeza yang ada dalam dirinya berbanding dengan lelaki-lelaki lain yang pernah aku kenali, tapi aku tak mampu mengungkap perbezaan itu.

Adakah ini hanya suatu perasaan biasa yang singgah di dalam hatiku??? Jika ini hanyalah perasaan biasa.....kenapa hatiku rasa sakit bila melihat ada insan lain yang turut meminatinya dalam diam.

Hati rasa lebih sakit lagi apabila mendapat tahu kawan aku sendiri meminati orang yang sama. Perlukah aku mengundurkan diri??? Perlukah aku memberitahunya bahawa aku turut meminati orang yang dia minati???

Andainya aku bisa membaca hatinya.......sudah pasti akan terungkai sebuah persoalan yang selalu bermain di mindaku dan akan terciptalah satu jawapan yang sentiasa aku nantikan selama ini. 

Oh Hati.....Oh Perasaan.....Tabahlah......Terimalah perasaan yang wujud itu sebagai satu ujian dari Allah kepadamu.........dan letakkan ia ditempat yang paling ikhlas dalam hatimu......InsyaAllah kamu akan redha dengan segala yang Allah tentukan untukmu....:)




Sesuatu Yang Berbeza

Ada sesuatu yang berbeza
Di saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Di saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
Untuk cinta ini









Saturday 1 October 2011

Salah Aku Ker????




Salah aku ke kalau aku tak mampu tuk menyukai seseorang itu macam mana seseorang itu suka aku?
Salah aku ke kalau aku tak mampu nak menyukai seseorang itu?
Salah aku ke kalau tak dapat nak membalas rasa 'suka' seseorang itu?

Perasaan yang hadir itu tak boleh dipaksa....
Aku tak pernah salahkan kamu untuk menyukai aku....
Aku tau aku takkan mampu untuk menghalang kamu daripada 'suka' aku...

TAPI........tolong jangan salahkan aku.....

Seperti mana aku tak pernah salahkan seseorang yang tak mampu untuk menyukai aku macam mana aku suka dia....
Seperti mana aku tak pernah salahkan seseorang itu sebab tak suka pada aku....
Seperti mana aku tak pernah salahkan seseorang itu jika dia tak dapat nak balas rasa 'suka' itu pada aku...

Kerana aku tahu...
Perasaan yang hadir nie bukan dipaksa.....itu adalah anugerah....
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah jaga hati kita....
Jangan lemparkan kata-kata kesat kepadaku.....
Dan jangan cakap aku tidak faham perasaan kamu....
Kerana aku juga pernah rasa apa yg kamu rasa....
Cuma satu yang aku harapkan jangan salahkan aku........:)