Jom Kita Berkawan

Sunday 17 March 2013

Adobe Photoshop Punya Pasal...

Entry kali ni tak nak cerita panjang-panjang just nak berkongsi gambr yang telah aku edit menggunakan Adobe Photoshop 7.0.

Biasa laa kan bila dah pandai edit-edit gambar ni, sibuk plak duk edit gambar aku dengan artis korea. Minat punya pasal. Hehehe.

 Dekat sini aku kongsikan beberapa keping gambar yang telah diedit.... Jom tengokkk.





Jika diberi pilihan antara Lee Seung Gi dan Kim Bum, memang tak mampu laa aku pilih salah sorang daripada mereka berdua. Dua-dua aku minat. Hehehe.







Ni plak sayang ku Lee Min Ho atau nama gabungan Ma Min Mo...hahaha. Hensem tak pakwe aku???


Setakat ni, dua gambar jer yang sempat diedit. InsyaAllah kalau ada masa lapang aku akan kongsikan plak beberapa keping gambar yang lain. K bye-bye. ^__^




Wednesday 13 March 2013

Cinta Dan Bas..




Sesuatu yang menarik untuk aku kongsikan dengan kamu semua pada hari ini,
Kenapa tajuk entry aku kali ini Cinta Dan Bas??? Cinta dan bas adalah suatu perkara yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan yang sama.

“Somebody told me, love is like waiting for a bus. The one that arrives isn’t the one you expected. And when the one you expected arrives, there will be obstacles blocking your way to get on it...

I think it’s worth every minute. It may take years, but it’s not just about waiting. I’ve learned that once the bus arrives, you have to decide if you’ll get on it… Sometimes even we catch the right one, it doesn’t mean we’d always have a smooth ride. I used to feel reluctant to get on a bus. But from now on, I won’t be afraid of it. And if that bus is going to run away from me, I’ll run after it!

- First Kiss (2012) -


Seperti juga cinta, biar berapa lama pun kita tunggu pasti ianya akan hadir jua. Tapi kadangkala seseorang yang hadir dalam hidup kita tak seperti yang kita harapkan. Dan apabila seseorang yang kita nantikan hadir dalam hidup kita, ramai pula yang meminatinya. Kita terpaksa membuat keputusan adakah ingin terus menyukai seseorang itu ataupun tidak.....

Namun sekiranya tiada cinta insani buat diri kita, cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidup kita kerana aku yakin dan pasti cintaNya melebihi segala-galanya didunia ini.....^___^













Tuesday 12 March 2013

Dilema






Angin petang yang bertiup lembut tidak mampu melenyapkan keresahan yang bertandang dihati Muaz. Dia seakan hilang arah, buntu memikirkan masalah yang di hadapinya. Entah kenapa hubungan yang dibina berlandaskan kasih sayang bersama Mona seakan-akan hilang begitu saja.

Perkenalan singkat antara dirinya dengan Mona telah membibitkan rasa cinta dihati Muaz. Meskipun Mona empat tahun lebih tua berbanding dengan Muaz, namun jarak umur tidak mampu membataskan rasa cinta dihati mereka. Lebih-lebih lagi perhubungan mereka mendapat restu dari keluarga masing-masing.

Namun sejak akhir-akhir ini, Muaz merasakan ada sesuatu yang hilang dari dalam dirinya. Suatu rasa yang sukar untuk digambarkan.

 “Perasaan...perasaan itulah yang hilang dalam diriku, perasaan cinta yang terbit untuk Mona” bisik hatinya perlahan.

Empat tahun bukanlah suatu masa yang singkat untuk mengambarkan hubungan cintanya bersama Mona. Banyak perkara yang telah lalui bersama, namun Muaz merasakan cinta yang dibina bersama Mona bagaikan tiada kesudahannya.

Dalam masa yang masa, Muaz turut mengenali Shiela dan dia begitu selesa apabila Shiela berada disampingnya. Suatu perasaan yang sama ketika dia mula mengenali Mona. Saat pertama kali bersua dengan Shiela, Muaz terpegun dengan kecantikkan yang dimiliki oleh gadis itu. Tidak hairanlah Shiela mempunyai ramai peminat dari pelbagai golongan termasuk lelaki mahupun perempuan.

Hubungannya bersama shiela menjadi bertambah rapat kerana Shiela sering berkongsi rahsia dan masalahnya kepada Muaz. Pada masa yang sama juga, Muaz bekerja di tempat shiela belajar dan memudahkan mereka untuk terus berjumpa setiap hari. 

Muaz sangat bahagia apabila bersama dengan Shiela, setiap saat yang dilalui bersama Shiela dirasakan cukup indah. Namun keindahan itu hanya sementara saja, apabila Muaz terbaca mesej cinta yang dihantar oleh perempuan lain kepada Shiela.

“ Sayang, malam ni you free tak??? My parents tak de, diorang outstation. Boleh la you lepak rumah I malam ni ”.
-Erika-

                Muaz sedikit terkejut apabila membaca mesej itu dan dia berasa sangat kecewa kerana Shiela sanggup memilih golongan sejenis.

                “Apa semua ni Shiela??? I tak sangka You sanggup buat perkara terkutuk macam ni”. Dia melemparkan pandangannya kearah Shiela mengharapkan sebuah jawapan.

                “Muaz, you jangan salah faham. I dan Erika hanya kawan, I.......”. Shiela terus berlalu tanpa sempat menjelaskan perkara yang sebenar. Muaz terdiam seribu bahasa menyaksikan kejadian yang tidak disangka-sangka.

                Sejak itu, Shiela jarang berhubung dengan Muaz. Malah panggilan Muaz juga tidak berjawab. Rakan lain cuba menjernihkan kembali hubungan antara mereka berdua, namun shiela enggan bersua muka dengan Muaz.

                Setelah agak lama tidak berjumpa, Muaz bertemu kembali dengan Shiela yang kebetulannya menghadiri majlis perkahwinan abangnya. Di saat itu juga Shiela meluahkan perasaannya terhadap Muaz. Dia akui bahawa dia turut menyimpan perasaan terhadap gadis itu tetapi apabila memikirkan hubungannya dengan Mona, dia hanya mendiamkan diri dan tidak mampu untuk membuat keputusan.

                Muaz tidak mampu menolak rasa cinta yang bertandang dihatinya untuk Shiela. Dia mula menerima cinta Sheila dan menerima diri Shiela seadanya. Shiela pernah memberitahu Muaz bahawa dia pernah ditinggalkan oleh teman lelakinya setelah tiga bulan bercinta akibat daripada perasaan cemburu yang terlampau. Muaz sangat simpati dengan nasib shiela dan dia merasakan ada kejujuran dari sinar matanya. Kesediaan Shiela berterus terang membuatkan kasih Muaz makin menggunung.

                Muaz berniat untuk berterus terang dengan Mona mengenai hubungannya dengan Shiela. Tiada guna menyimpan sebuah ikatan yang tidak berlandaskan kasih sayang.

“Mona, I ada sesuatu nak bagitau you. I harap you boleh terima apa yang bakal I sampaikan nanti”. Agak lama Muaz mendiamkan diri. 

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Mona yang menjadi pemerhati dari tadi hanya diam membisu mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Muaz.

“I tak mampu bersama you lagi Mona, I dah jatuh cinta dengan orang lain. I harap you mampu lupakan I dan you berhak dapat yang lebih baik daripada I”. Bergetar suara Muaz melafazkan kata-kata bimbang akan menyinggung perasaan Mona.

“Mungkin sudah ditakdirkan I bukan pemilik tulang rusuk you. I redha jika ini yang ditentukan olehNya. I harap you bahagia dengan gadis pilihan you itu”. Mona melangkah pergi setelah habis berkata-kata.

Muaz kaku seketika mendengar kata-kata Mona. Dia tidak menyangka Mona seorang gadis yang sangat tabah. Dia berasa sangat kesal meluahkan kata-kata itu kepada Mona. Perasaan bersalah makin menebal dalam diri Muaz. Dia menjadi semakin keliru dengan perasaannya sendiri. Muaz merasakan keputusannya meninggalkan Mona demi Shiela adalah keputusan yang tidak tepat memandangkan dia sering terganggu dengan kisah silam Shiela.

“Ya Allah, apa yang harus aku lakukan. Aku tak mampu memilih yang terbaik untuk diriku. Siapakah pemilik tulang rusukku ini???”.



TAMAT
Hasil Nukilan: Rohama Humaira


P/s: Kenapa ending dia tak berapa best??? Sebab pengarah cerpen (Prof Madya Dr Lim Swee Tin) suruh buat ending watak hero keliru untuk memilih yang mane satu pilihan hatinya...hehe


"Tak Semua Cerita Berakhir Dengan Kebahagiaan" ^___^




Saturday 9 March 2013

Aku Dan Movie..

Selalunya orang letak tajuk entry Aku, Dia Dan Kamu...
Tapi entry aku kali ni aku letak tajuk Aku Dan Movie sebab aku suka tengok movie (tak de kaitan pun tapi suka ati aku laa sebab ni kan blog aku) hehe..

Actually petang tadi keluar jalan2 dengan rumate sambil tengok wayang...
Wayang apa yang aku tengok???
Tajuk dia " Jack The Giant Slyer".
Wah best giler tengok cite ni...teringat buku cite jack dan kacang ajaib yang aku baca masa zaman sekolah dulu. Memang tak rugi laa tengok cite ni.


Pada yang xtengok lagi cite ni, jom laa ke panggung wayang berdekatan yer....


Satu lagi cite terbaru yang aku nak kongsikan dengan korang, cite ni tajuk dia "Oz The Great And Powerful", filem ni tengah ke udara sekarang. Hmmm agak2 bila laa nak pi tengok yer, teringin jugak tengok cite ni sebab nampak best sangat. Sape yang nak temankan aku tengok cite ni??? hehe..


Cite ni ada banyak unsur2 fairy tale sebab 2 aku suka....:D

Lasty aku nak share sebuah movie yang termiss plak nak tengok...aiyaaa macam mane ni??? hehe.
Cite ni tajuk dia "Warm Bodies". Cite dia pasal zombie jatuh cinta dengan seorang gadis (manusia). Nampak ada unsur humor dan romantik komedi dalam cite ni. Tapi nasib malang sebab cite ni dah xditayangkan lagi.
So sape2 yang ada download cite ni bolehlah Sharing2 dengan aku yer....


Ni haa gambar zombie hensem dengan gadis idaman dia....hehe


Ok laa kawan2  xnak cite panjang2, mata pun dah xdapat nk bukak sebab penat berjalan. Esok kena bangun awal pagi walaupun cuti sebab ada Family Day Linguistik..Bye2






Thursday 7 March 2013

BBM3410???

Apa itu BBM3410....???
Nombor ekor, no plat kereta atau no panggilan kecemasan..
Jawapan kat atas semuanya salah..saje jer buat gempak cikit. hehe.

Sebenarnya BBM3410 ni adalah kod kursus bagi subjek BAHASA DALAM MULTIMEDIA yang WAJIB (bukan sunat) diambil oleh semua pelajar Bahasa Linguistik Melayu. So entry kali ni khas buat DR Normaliza yang terkenal dengan nama DrNotts.


 Ni laa gmbr kanak2 riang ribena yg wajib amik sbjek BBM3410


Mula-mula tengok DrNotts ni rasa agak seriau plus cuak sebab dia nampak strict sangat. Tapi bila dengar DrNotts bercerita rasa agak lawak laa plak...xkering gusi aku dibuatnya. huhuhu

Benarlah kata pepatah "Don't judge a book by its cover". Jangan pepandai nak menilai seseorang sebelum kita mengenalinya. Tak Kenal Maka Tak Cinta...:D

Tadi pergi menyinggah di blog DrNotts sambil2 stalker dia punya blog, tetiba terjumpa plak list cerita korea yang telah dikhatamkan oleh DrNotts. Wah tak sangka DR pun peminat tegar cerita korea....hehehe
Apa kata kalau kita berkongsi-kongi cerita...Sharing is Caring kan DR.....^__^


Ok laa, tak nak cerita panjang-panjang nanti melalut sampai ke planet pluto plak. Tunggu aku punya next entry k...Bye2