Jom Kita Berkawan

Friday, 31 May 2013

BBM3410 SALAM TERAKHIR


Rohama Binti Yaakub
160254


Sungguh cepat masa berlalu, sehingga aku tidak pernah merasa bahawa aku bakal meninggalkan gelaran sebagai pelajar UPM. Selamat tinggal UPM, selamat tinggal kawan-kawan dan salam terakhir buat DR Notts tercinta.

Semester terakhir menjadi penutup kursus BBM3410 (Bahasa Dalam Multimedia). Mungkin aku akan merindui kumpulan Aura Cantik yang ditubuhkan sempena dengan kursus ini.

Pelbagai karenah, pelbagai kisah, suka dan duka sehingga bergaduh sampai tarik-tarik rambut (tak de pun saje jer nak wat kontroversi) hehehe.

Begitu banyak kenangan yang kadangkala membuatkan aku tersenyum sendiri apabila mengenangkannya kembali.

Kenangan sepanjang mengikuti kursus ini tak mungkin padam dalam ingatan dan mungkin akan dijadikan bahan penceritaan kepada anak cucu kelak.

Terima kasih DR Notts. Banyak yang telah saya belajar sepanjang saya mengikuti kursus ini. Walaupun dibebani dengan lambakan kerja yang perlu disiapkan setiap minggu. Namun saya tetap enjoy mengikuti kursus multimedia ini. Terima kasih atas segalanya DR.
Halalkan segala ilmu yang DR berikan...


Video One Shot (Gadis Dan Bunga)



Video Seram (Bahana Cemburu)



Video Tanpa Wajah (Bisikan Nafsu)




Video Boleh Dan Tidak Boleh



Video Kebiasaanya

http://www.youtube.com/watch?v=Hkt2ILxzM50 


Video Gambar Unik

http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg 



Sekian.....
Enjoy My show....^____^






Thursday, 30 May 2013

BBM3410 LAMAN WEB

Selain daripada Twitter dan Blog....Kami selaku pelajar yang mengambil subjek Bahasa Dalam Multimedia ditugaskan untuk mencipta sebuah laman web yang bersifat ilmiah.

Nak tengok laman web terbaru aku??? Jom laa usha...

Klik Dekat Sini -------->> BICARA SEBUAH KATA

Jemput laa singgah laman web terbaru aku ni yer..
Tak perlu bayar pun...Hehehe





Ini merupakan logo bagi laman web terbaru aku. Tak copy mana-mana pun, buat sendiri guna adobe photoshop. Nasib baik belajar multimedia, pandai jugak laa edit-edit gambar buat logo ni......:))