Jom Kita Berkawan

Friday, 19 April 2013

Simpulan Bahasa UPM

Seperti biasa, entry kali ini berkisar tentang tugasan yang diberikan oleh DR Notts tercinta.

Tugasan yang perlu kami lakukan ialah memilih 12 simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang dipilih pula tidak boleh sama dengan kumpulan yang lain. (Agak susah jugak kan) hehehe.

Setelah memilih simpulan bahasa yang sesuai, kami ditugaskan untuk memberi maksud simpulan bahasa melalui gambar.

Kami perlu menunjukkan reaksi atau perbuatan didalam gambar tersebut serta perlu membuatkan orang faham maksud simpulan bahasa tersebut apabila melihat gambar itu.

Gambar-gambar simpulan bahasa yang telah dipilih oleh kumpulan kami ialah:


 Talam dua muka


 Tin Kosong

Pisau cukur

Busuk hati

Pilih kasih

Pasang dua


Suara emas

Bunting pelamin


Berat mulut

Perut kosong

Bodoh sombong

Hati batu


Agak-agak korang faham tak maksud simpulan bahasa yang ingin disampaikan melalui gambar-gambar diatas?? Hmm kalau tak faham, buat-buat laa faham yer.....hehehe
















Tuesday, 16 April 2013

Asas Fotografi UPM

Selepas belajar mengenai asas grafik pada minggu yang lalu, kami diajar plak berkenaan dengan asas fotografi oleh DR Notts yang tercinta. Hehe.

Kata Dr Notts, asas fotografi ada tiga jenis iaitu Mug Shot, Medium Shot, dan Full Shot.

Mug Shot ialah gambar yang di ambil daripada sudut muka sahaja dan tidak boleh menampakkan bahu.

Medium Shot plak gambar dari pinggang ke atas. Manakala Full Shot pula ialah gambar penuh iaitu dari kaki hingga kepala.

Setiap gambar yang kami hasilkan perlulah mempunyai pelbagai emosi iaitu marah, sedih, gembira dan sebagainya. Gambar tersebut pula perlu berlatar belakangkan warna putih.

Aktiviti yang kami lakukan didalam kelas ini nampak seronok, namun ianya memberikan tekanan kepada kami kerana kami perlu menyiapkan kerja ini dalam masa 2 jam.

Seperti biasa kami semua pun bertungkus lumus lah menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan dengan berbekalkan tekanan emosi yang tinggi. hahahaha.

Kata Dr Notts, dia mahu kerja yang diberikan itu dihantar sebelum pukul 2.10 melalui emailnya. Sekiranya melebihi jam 2.10, kerja itu tidak akan dilayan sama sekali.
(OH TIDAKKKK!!!!!!)

Namun, berkat usaha gigih kumpulan Aura Cantik Lagi Comel ni....kerja itu dapat di hantar tepat jam 2 petang.  Terasa seperti selesai hutang satu juta....hahaha.

Antara gambar-gambar yang diambil sebagai bahan kerja:

MUG SHOT

Merajuk
Poyo
Dukacita
Gembira
Menggoda
MEDIUM SHOT

Gembira
Marah

 
Sentap

Malu
  Comel
FULL SHOT
Ego
Menggoda
Sedih
Sopan
Menyampah
Itu saja gambar yang mampu aku sediakan untuk kali ini, tak boleh letak gambar banyak-banyak nanti korang semua plak yang menyampah tengok model-model yang tak bertauliah ni....hehehe
Jumpa next entry ok...bye2

Sunday, 14 April 2013

Asas Grafik UPM


Enry aku kali ni nak bercerita tentang asas grafik yang aku belajar dalam subjek Bahasa Dalam Multimedia (BBM310).

Ingat lagi tak DR Normaliza aka Dr Notts yang pernah aku ceritakan dalam entry aku sebelum ini??? Mesti ingat kan..kalau tak ingat boleh baca entry tu kat sini. ( Dr Notts )

First class bersama Dr Notts, kami ditugaskan untuk membina satu kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 @ 6 orang ahli.

Kumpulan aku terdiri daripada 5 orang ahli yang digelar sebagai Aura Cantik....Cantik ke??? Hahaha

Tugasan pertama kami ialah kami diminta membawa alat-alatan seperti berikut iaitu:
-Majalah
-Mounting board
-Gam
-Gunting

Apa yang perlu kami lakukan dengan alatan tersebut??

 Kami diminta untuk memilih gambar mengikut kesesuaian, keseimbangan, mudah, teks, dan warna.
Gambar tersebut plak perlu ditampal di atas mounting board dan kami perlu menjelaskan kenapa gambar tersebut dipilih sebagai gambar yang seimbang, mudah, teks, sesuai dan warna.

Agak susah jugak kan...hehe. Ni bukan agak-agak dah, memang susah sangat-sangat. Kerja pula perlu di siapkan sebelum kelas berakhir. Maknanya hanya 2 jam sahaja kerja tu perlu disiapkan.









Antara gambar-gambar yang sempat di ambil semasa aktiviti dijalankan. sempat lagi bergambar walaupun sibuk. hehe. Ok laa tak nak cerita panjang-panjang. Tunggu next entry berkenaan dengan Asas Fotografi plak yer..:)