Jom Kita Berkawan

Friday 31 May 2013

BBM3410 SALAM TERAKHIR


Rohama Binti Yaakub
160254


Sungguh cepat masa berlalu, sehingga aku tidak pernah merasa bahawa aku bakal meninggalkan gelaran sebagai pelajar UPM. Selamat tinggal UPM, selamat tinggal kawan-kawan dan salam terakhir buat DR Notts tercinta.

Semester terakhir menjadi penutup kursus BBM3410 (Bahasa Dalam Multimedia). Mungkin aku akan merindui kumpulan Aura Cantik yang ditubuhkan sempena dengan kursus ini.

Pelbagai karenah, pelbagai kisah, suka dan duka sehingga bergaduh sampai tarik-tarik rambut (tak de pun saje jer nak wat kontroversi) hehehe.

Begitu banyak kenangan yang kadangkala membuatkan aku tersenyum sendiri apabila mengenangkannya kembali.

Kenangan sepanjang mengikuti kursus ini tak mungkin padam dalam ingatan dan mungkin akan dijadikan bahan penceritaan kepada anak cucu kelak.

Terima kasih DR Notts. Banyak yang telah saya belajar sepanjang saya mengikuti kursus ini. Walaupun dibebani dengan lambakan kerja yang perlu disiapkan setiap minggu. Namun saya tetap enjoy mengikuti kursus multimedia ini. Terima kasih atas segalanya DR.
Halalkan segala ilmu yang DR berikan...


Video One Shot (Gadis Dan Bunga)



Video Seram (Bahana Cemburu)



Video Tanpa Wajah (Bisikan Nafsu)




Video Boleh Dan Tidak Boleh



Video Kebiasaanya

http://www.youtube.com/watch?v=Hkt2ILxzM50 


Video Gambar Unik

http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg 



Sekian.....
Enjoy My show....^____^






Thursday 30 May 2013

BBM3410 LAMAN WEB

Selain daripada Twitter dan Blog....Kami selaku pelajar yang mengambil subjek Bahasa Dalam Multimedia ditugaskan untuk mencipta sebuah laman web yang bersifat ilmiah.

Nak tengok laman web terbaru aku??? Jom laa usha...

Klik Dekat Sini -------->> BICARA SEBUAH KATA

Jemput laa singgah laman web terbaru aku ni yer..
Tak perlu bayar pun...Hehehe





Ini merupakan logo bagi laman web terbaru aku. Tak copy mana-mana pun, buat sendiri guna adobe photoshop. Nasib baik belajar multimedia, pandai jugak laa edit-edit gambar buat logo ni......:))










Friday 19 April 2013

Simpulan Bahasa UPM

Seperti biasa, entry kali ini berkisar tentang tugasan yang diberikan oleh DR Notts tercinta.

Tugasan yang perlu kami lakukan ialah memilih 12 simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang dipilih pula tidak boleh sama dengan kumpulan yang lain. (Agak susah jugak kan) hehehe.

Setelah memilih simpulan bahasa yang sesuai, kami ditugaskan untuk memberi maksud simpulan bahasa melalui gambar.

Kami perlu menunjukkan reaksi atau perbuatan didalam gambar tersebut serta perlu membuatkan orang faham maksud simpulan bahasa tersebut apabila melihat gambar itu.

Gambar-gambar simpulan bahasa yang telah dipilih oleh kumpulan kami ialah:


 Talam dua muka


 Tin Kosong

Pisau cukur

Busuk hati

Pilih kasih

Pasang dua


Suara emas

Bunting pelamin


Berat mulut

Perut kosong

Bodoh sombong

Hati batu


Agak-agak korang faham tak maksud simpulan bahasa yang ingin disampaikan melalui gambar-gambar diatas?? Hmm kalau tak faham, buat-buat laa faham yer.....hehehe
















Tuesday 16 April 2013

Asas Fotografi UPM

Selepas belajar mengenai asas grafik pada minggu yang lalu, kami diajar plak berkenaan dengan asas fotografi oleh DR Notts yang tercinta. Hehe.

Kata Dr Notts, asas fotografi ada tiga jenis iaitu Mug Shot, Medium Shot, dan Full Shot.

Mug Shot ialah gambar yang di ambil daripada sudut muka sahaja dan tidak boleh menampakkan bahu.

Medium Shot plak gambar dari pinggang ke atas. Manakala Full Shot pula ialah gambar penuh iaitu dari kaki hingga kepala.

Setiap gambar yang kami hasilkan perlulah mempunyai pelbagai emosi iaitu marah, sedih, gembira dan sebagainya. Gambar tersebut pula perlu berlatar belakangkan warna putih.

Aktiviti yang kami lakukan didalam kelas ini nampak seronok, namun ianya memberikan tekanan kepada kami kerana kami perlu menyiapkan kerja ini dalam masa 2 jam.

Seperti biasa kami semua pun bertungkus lumus lah menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan dengan berbekalkan tekanan emosi yang tinggi. hahahaha.

Kata Dr Notts, dia mahu kerja yang diberikan itu dihantar sebelum pukul 2.10 melalui emailnya. Sekiranya melebihi jam 2.10, kerja itu tidak akan dilayan sama sekali.
(OH TIDAKKKK!!!!!!)

Namun, berkat usaha gigih kumpulan Aura Cantik Lagi Comel ni....kerja itu dapat di hantar tepat jam 2 petang.  Terasa seperti selesai hutang satu juta....hahaha.

Antara gambar-gambar yang diambil sebagai bahan kerja:

MUG SHOT

Merajuk
Poyo
Dukacita
Gembira
Menggoda
MEDIUM SHOT

Gembira
Marah

 
Sentap

Malu
  Comel
FULL SHOT
Ego
Menggoda
Sedih
Sopan
Menyampah
Itu saja gambar yang mampu aku sediakan untuk kali ini, tak boleh letak gambar banyak-banyak nanti korang semua plak yang menyampah tengok model-model yang tak bertauliah ni....hehehe
Jumpa next entry ok...bye2

Sunday 14 April 2013

Asas Grafik UPM


Enry aku kali ni nak bercerita tentang asas grafik yang aku belajar dalam subjek Bahasa Dalam Multimedia (BBM310).

Ingat lagi tak DR Normaliza aka Dr Notts yang pernah aku ceritakan dalam entry aku sebelum ini??? Mesti ingat kan..kalau tak ingat boleh baca entry tu kat sini. ( Dr Notts )

First class bersama Dr Notts, kami ditugaskan untuk membina satu kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 @ 6 orang ahli.

Kumpulan aku terdiri daripada 5 orang ahli yang digelar sebagai Aura Cantik....Cantik ke??? Hahaha

Tugasan pertama kami ialah kami diminta membawa alat-alatan seperti berikut iaitu:
-Majalah
-Mounting board
-Gam
-Gunting

Apa yang perlu kami lakukan dengan alatan tersebut??

 Kami diminta untuk memilih gambar mengikut kesesuaian, keseimbangan, mudah, teks, dan warna.
Gambar tersebut plak perlu ditampal di atas mounting board dan kami perlu menjelaskan kenapa gambar tersebut dipilih sebagai gambar yang seimbang, mudah, teks, sesuai dan warna.

Agak susah jugak kan...hehe. Ni bukan agak-agak dah, memang susah sangat-sangat. Kerja pula perlu di siapkan sebelum kelas berakhir. Maknanya hanya 2 jam sahaja kerja tu perlu disiapkan.









Antara gambar-gambar yang sempat di ambil semasa aktiviti dijalankan. sempat lagi bergambar walaupun sibuk. hehe. Ok laa tak nak cerita panjang-panjang. Tunggu next entry berkenaan dengan Asas Fotografi plak yer..:)





Sunday 17 March 2013

Adobe Photoshop Punya Pasal...

Entry kali ni tak nak cerita panjang-panjang just nak berkongsi gambr yang telah aku edit menggunakan Adobe Photoshop 7.0.

Biasa laa kan bila dah pandai edit-edit gambar ni, sibuk plak duk edit gambar aku dengan artis korea. Minat punya pasal. Hehehe.

 Dekat sini aku kongsikan beberapa keping gambar yang telah diedit.... Jom tengokkk.





Jika diberi pilihan antara Lee Seung Gi dan Kim Bum, memang tak mampu laa aku pilih salah sorang daripada mereka berdua. Dua-dua aku minat. Hehehe.







Ni plak sayang ku Lee Min Ho atau nama gabungan Ma Min Mo...hahaha. Hensem tak pakwe aku???


Setakat ni, dua gambar jer yang sempat diedit. InsyaAllah kalau ada masa lapang aku akan kongsikan plak beberapa keping gambar yang lain. K bye-bye. ^__^




Wednesday 13 March 2013

Cinta Dan Bas..




Sesuatu yang menarik untuk aku kongsikan dengan kamu semua pada hari ini,
Kenapa tajuk entry aku kali ini Cinta Dan Bas??? Cinta dan bas adalah suatu perkara yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan yang sama.

“Somebody told me, love is like waiting for a bus. The one that arrives isn’t the one you expected. And when the one you expected arrives, there will be obstacles blocking your way to get on it...

I think it’s worth every minute. It may take years, but it’s not just about waiting. I’ve learned that once the bus arrives, you have to decide if you’ll get on it… Sometimes even we catch the right one, it doesn’t mean we’d always have a smooth ride. I used to feel reluctant to get on a bus. But from now on, I won’t be afraid of it. And if that bus is going to run away from me, I’ll run after it!

- First Kiss (2012) -


Seperti juga cinta, biar berapa lama pun kita tunggu pasti ianya akan hadir jua. Tapi kadangkala seseorang yang hadir dalam hidup kita tak seperti yang kita harapkan. Dan apabila seseorang yang kita nantikan hadir dalam hidup kita, ramai pula yang meminatinya. Kita terpaksa membuat keputusan adakah ingin terus menyukai seseorang itu ataupun tidak.....

Namun sekiranya tiada cinta insani buat diri kita, cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidup kita kerana aku yakin dan pasti cintaNya melebihi segala-galanya didunia ini.....^___^