Jom Kita Berkawan

Monday 5 November 2012

International Food Festival UPM 2012

Minglaba thu nge khjin....
ooo....bahasa apakah itu?? Hehehe...Mesti korang tak pernah dengar bahasa niey kan.
Sebenarnya ini bahasa Myanmar,
Minglaba ertinya ucapan selamat, manakala thu nge khjin itu maksudnya sahabat atau pun kawan.

Actually, aku bukan nak ajar bahasa Myanmar sebab aku pun tak berapa fasih berbahasa Myanmar. Walaupun dah amik Myanmar level III tapi tetap jugak tak mampu nak menguasai bahasa ini sebab aku tak tinggal dekat Myanmar. Kalau aku tinggal dekat Myanmar aku rasa memang aku fasih arr berbahasa Myanmar kan....^__^

Sebenarnya entry kali niey nak cerita pasal International Food Festival yang telah pun berlangsung pada 2 & 3 November yang lalu.




Yeahhh.....sebijik gambar aku bagi kat hangpa suh tengok....hehehe
Apa yang menariknya pasal International Food Festival niey sebab ada selebriti turun padang, sape tak kenal Chef tersohor negara....Chef Wan.

Yang bestnya, pelbagai makanan dari pelbagai negara boleh di rasa, nama pun Food Festival kan. Hehehe. Tapi tak semua makanan percuma, ada jugak yang kena beli. Jangan ingat nak makan free jer yer....:P

Kenapa aku lebih-lebih promote pasal event ni???
Sebenarnya aku merupakan salah seorang pelajar yang terlibat dalam event ni. Aku ditugaskan untuk menjaga gerai kesayanganku, yang tak lain tak bukan gerai Myanmar.











Menjadi jurucakap bagi sesebuah gerai tu bukannya mudah, kita perlu menjawab setiap pertanyaan pelanggan tanpa jemu. Kalau 100 orang yang datang bertanya....maka terpaksa laa aku menjawab untuk kali yang keseratus dengan jawapan yang sama. Hehehe

Selain itu, kita juga kena selalu tersenyum....murahkan diri dengan senyuman. Tak salah mengukirkan senyuman sebab kalau tak senyum nanti nampak tak mesra pelanggan.

Sepanjang menjadi jurucakap dan jurujual makanan Myanmar niey banyak yang aku belajar, belajar merendah diri, belajar tersenyum, belajar bersabar dengan karenah pelanggan dan belajar berkomunikasi dengan pelajar2 asing...nama pun International Food kan, jadi ramai laa pelajar asing yang datang.

Sesungguhnya pengalaman menjadi jurucakap dan jurujual makanan Myanmar akan selalu terpahat dalam kenangan.

Da tak nak cerita panjang-panjang lagi, nanti syok sendiri plak.
Nau twei ba on me thu nge khjin....^__^









Wednesday 31 October 2012

Suara Perempuan Itu Aurat

Ada member aku cakap aku ni kasar, garang, sombong n hati keras macam batu bila bercakap dengan lelaki. Oh yer ker??? Memang aku sengaja cakap kasar pun....hehehe

Ada sebab kenapa aku suka cakap kasar n garang bila berbicara dengan lelaki, bukan apa diaorang ni mudah cair kalau perempuan cakap lemah lembut dengan mereka. Aku tak nak goyahkan iman lelaki dengan berbicara manja dan lemah lembut kerana suara orang perempuan tu sebenarnya aurat.

Bagi aku tak mengapalah andai mereka me"lebal"kan aku sebagai orang yang garang dan kasar, kerana garang dan kasar yang ada dalam diri aku inilah yang membuatkan mereka (golongan lelaki) menghormati aku sebagai seorang perempuan yang bermaruah.




 


Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32: terjemahannya "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)"


P/s: Berhati-hatilah apabila berbicara dengan lelaki kerana bicara seorang perempuan itu mampu  menggoyahkan iman lelaki. (Tolong kasihani kaum adam) ^___^





Saturday 23 June 2012

Penilaian Tentang Diriku...

Dalam sedar, tidak sedar aku sudah pun menamatkan semester keempat di UPM dalam bidang Bahasa Dan Linguistik Melayu. Maknanya hanya tinggal 1 tahun lagi aku bakal menghabiskan sisa-sisa keindahan sebagai pelajar di UPM.

Malam ini aku akan pulang ke kampung halaman tercinta, rindu betul dekat family. Lama sungguh tak pulang ke kampung halaman. Kelantan wait 4 me ok...^__^

Actually masa aku tengah sibuk kemas barang tadi, aku terjumpa satu kertas yang masih tersimpan rapi didalam sebuah buku.

Kertas tersebut merupakan penilaian daripada rakan-rakanku tentang diriku. Penilaian ini di buat semasa aku berada di semester kedua ketika aku mengikuti Kokurikulum Bakti Siswa.

Tak sangka plak boleh terjumpa balik kertas ni. Bila aku baca balik kertas ni rasa macam teringin kembali ke masa lalu di mana aku mula-mula bertemu dengan kawan-kawan Bakti Siswa ku.

Sekiranya Doraemon itu benar2 wujud, aku nak pinjam mesin masa dia supaya dia bisa bawa aku kembali mengecapi memori yang terindah itu sekali lagi.

Tapi setakat ini fikiranku masih lagi waras seperti biasa kerana aku yakin dan pasti Doreamon itu tidak wujud di alam yang nyata. Hehehe.

Antara penilaian yang di buat oleh member-member ku yang tersayang ialah:

  • Sangat-sangat outspoken.
  • Boleh diharap.
  • Active.
  • Lawak Seyh :)
  • Kah3! Lawak mantop - xtive
  • U can make a good team leader!
  • sporting n seorang yang peramah. :)
  • you can be the final PM (women)
  • happy go-lucky.
  • Peramah, kelakar.
  • Hepi kawan dengan awak!!!
  • Saya suka awak!!! awak kelakar.....
  • Berkepimpinan
  • Ma memang BEST!!!
  • Selamba
  • Cool
  • Bertanggungjawab, "caring".
  • Periang - Selalu happy
  • Bagus, leh jadi ketua yang baik.
  • Sporting, have to keep this for the rest of your life.
  • Ok
  • Kelakar.
  • Hai Rohama : Kamu sangat baik + Peramah + ley jadi pemimpin yang baik...gud lucks!
  • Kelakar, boleh bekerjasama dalam kumpulan.
  • Kelakar, best. Boleh jadi best dalam hidup.
  • Cool, sporting, kelakar, peramah.
  • Sporting, agak beria2, tapi bagus! keep it up, frenz!! serumpun.
  • Tolol.
  • Sporting.
  • Fluently
  • Motivasi tinggi.
  • Mc yang ada masa depan.
  • Bagus, kepimpinan, ceria, tegas.
  • friendly, sporting...kepimpinan yang baik, all the best in ur life.
  • Peramah ^_^
  • Friendly. Tegas pada tempat. Kelakar sokmo ^__^. Suka berkawan dengan ma.
  • I like Ratu Baksis.



 Inilah insan-insan yang bertanggungjawab menilai diriku.

Actually aku pun tak berapa pasti kenapa rakan-rakan aku cakap aku ni kelakar and lawak. Lawak ker??? Hehehe.  Pape pun kamu semua memang TERBAIK ^____^


Buat teman-teman seperjuangan, 
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini dan meninggalkan kenangan manis yang tak mungkin terhapus di dalam sanubari.

Ketahuilah teman,
Di mana jua kau berada, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu semua,
Semoga kita semua bisa menggapai impian yang kita impikan selama ini.
Jangan Pernah Lupakan Aku......^__^







Friday 18 May 2012

Pesan Pak Cik Driver Bas




Pagi tadi waktu aku nak pergi submit assigment, aku tertarik kepada satu memo yang dilekatkan didalam bas. Terdapat empat memo yang sama dilekatkan di setiap penjuru didalam bas tersebut. Aku pun tak pasti memo tersebut mendapat perhatian orang lain atau pun tidak. Mungkin juga ada yang nampak, mungkin juga ada yang tak nampak, dan mungkin juga ada yang nampak tapi buat-buat tak nampak. Memo tersebut bertulis begini:

"Wahai anak-anak, Allah nampak (melihat ). Walaupun Pak Cik Driver Bas tak nampak. Oleh itu, janganlah anak-anak yang bijak pandai tinggalkan dan membuang sisa-sisa makanan di dalam bas. Terima Kasih."

Ayat Pak Cik Driver Bas sangat-sangat terkesan di hati. Bukan sebab aku yang selalu buang sampah dalam bas Pak Cik tu. Tapi kata-kata Pak Cik Driver Bas membuatkan aku terfikir bahawa ramai lagi mahasiswa di negara kita tidak mempunyai kesedaran sivik. Diaorang ni tak belajar sivik kot. Hehe.

Sepatutnya bila kita makin berilmu, kita akan jadi makin bertanggungjawab bukan sahaja terhadap harta sendiri, tetapi juga terhadap harta orang ramai.

Entry aku kali ni bukan untuk menasihati siapa-siapa sebab aku pun tak cukup sempurna juga. Sekadar ingin berkongsi Pesanan Ikhlas Pak Cik Driver Bas sahaja.

Cuba laa kita fikir Pak Cik Driver Bas penat-penat hantar kita ke kelas dengan selamat, tapi kita balas jasa mereka dengan membuang sampah dalam bas mereka. Inikah yang dikatakan sifat mahasiswa???

Jangan buat Pak Cik Driver Bas kecik hati dengan kita, nanti Pak Cik Driver Bas merajuk, nak wat macam mana?? Terus Pak Cik Driver Bas berhenti kerja tak nak bawak bas dah. Hehe. Kita nak pergi kelas dengan apa??? Jalan kaki??? Ko sanggup jah??? ^__^

Sebelum aku akhiri entry kali ni, pesan aku kepada mahasiswa- mahasiswi yang bijak pandai agar bijak menghargai kemudahan yang di sediakan.


P/S :Berikan ucapan terima kasih kepada Pak Cik Driver Bas supaya mereka rasa di hargai.




Tuesday 15 May 2012

Cantik Di Mata, Cantik Di Hati

CANTIK !!! Suatu kata yang sangat sebati dengan kaum hawa. Bila berbicara tentang CANTIK, sudah pasti kita dapat membayangkan sesuatu yang sangat indah, menawan, mempesona dan mampu menarik minat kita.

Siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Semua wanita mahu kelihatan cantik di mata orang yang mereka suka. Betul tak??? Kalau ada yang cakap tak betul, tipu laa tu. Jangan tipu nanti Allah marah. ^__^

Kata CANTIK ini bisa buat manusia rasa kurang yakin dengan diri mereka sendiri. Sebelum keluar pasti kita akan terfikir " Eh, cantik ker aku pakai tudung macam ni erk??" Hati jawab " Cantik2" untuk puaskan hati sendiri. Tapi dalam hati masih ada lagi rasa tak yakin dengan diri sendiri kerana sifat manusia memang begitu terlalu mahukan kesempurnaan.

Bila rasa kurang yakin terus tanya kawan, "Ok tak aku pakai tudung ni?". Tolong laa cakap cantik (bermonolog dalam hati ). "Wei, cantik laa. Serius cantik. Sesuai sangat la tudung yang kau pakai dengan baju kau tu".





Bila mendapat pujian, kita rasa sudah cukup untuk menggambarkan kecantikan kita pada dunia. Manusia memang begitu terlalu memandang kecantikan luaran sahaja. Kecantikan yang mampu dilihat oleh MATA kasar.

Pernah tak dalam hidup ini korang tanya member korang, "Hari ni HATI aku cantik tak???". Rasanya mesti korang tak pernah buat kan? Cuba korang buat mulai hari ini.

Mungkin rakan kita tak mampu untuk menjawab pertanyaan kita kerana kecantikan HATI hanya mampu di lihat oleh Allah swt. Kerana kita tak mampu untuk membaca apa yang tersirat di hati seseorang.

Cuba kita nilai HATI kita sendiri. CANTIKkah HATI kita??? Kalaulah HATI bisa berbicara sudah pasti dia akan berkata, "Akak, hati akak hari ni timbul bintik hitam lagi. Rasanya kalau letak clorox pun tak tanggal. Tiap-tiap hari pasti bintik hitam itu akan muncul. Kalau tiap-tiap hari asyik timbul jer bintik hitam tu, lama-lama hati akak jadi hitam. Agak-agak bila hati dah hitam, cantik tak akak??"

Cubalah kita cari keCANTIKkan HATI. Walaupun sukar, walau pun payah, cubalah untuk terus bertahan. InsyaAllah Kecantikan itu bakal menjadi milik kita.

Ingatlah kawan, bila Hati kita CANTIK, Kita bukan sahaja CANTIK di mata manusia bahkan CANTIK di mata ALLAH SWT.
 
Usahlah terlalu mengejar kecantikan di mata manusia kerana apabila kamu di mamah usia sudah pasti kecantikan itu tiada lagi. Kecantikan yang kekal abadi adalah Kecantikan Hati. Alangkah indahnya hidup jika kita memiliki kedua-dua kecantikan itu. Pilihan terletak di tangan kita sendiri. Kecantikan di mata manusia atau kecantikan di hati. Apa pilihan kamu???



Ketahuilah Hawa,
Cantik Di Mata Hanyalah Kecantikan Sementara,
Mampukah Kau Terus Mengekalkan Kecantikan Itu Di Syurga Andai Tiada Kecantikan DiHati.
Tepuk Hati, Tanya Diri...^__^

- Rohama Humaira -





P/S- Aku bukan insan yang sempurna, tapi aku cuba untuk mencari kesempurnaan itu. Muhasabah Diri.






Friday 13 January 2012

First Entry Untuk Tahun 2012

Uish....sudah masuk 13 hari kita berada di tahun 2012. Baru hari ni terdetik nak buat entry baru, maklum laa tersangat-sangat busy dengan final exam untuk semester ke 3. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012" kepada pembaca2 setia "Blog Aku Nie". Ceh ada pembaca setia ker??? hehehe.





Terasa begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Dalam perjalanan menuju ke tahun 2012, begitu banyak kisah suka dan duka yang terpaksa aku lalui dan aku harungi. Meskipun berat, meskipun payah, meskipun sukar.....terpaksa aku laluinya demi menjadi insan yang TABAH. Alhamdulillah aku mampu mengharungi setiap dugaan dan ujian yang di berikan oleh yang Maha Pencipta.

Harapanku di tahun baru 2012 ini akan memberi TUAH kepada kita semua serta memberi seribu Keredhaan serta Keberkataan dari Allah Swt. InsyaAllah, Amin.

Final Exam sudah hampir melabuhkan tirainya, menandakan berakhirnya semester 3 aku berada di UPM. Excited plak rasanya nak balik kampung.....sebelum tu, aku terpaksa menghabiskan 2 paper yang masih lagi setia menanti untuk di penuhkan dengan ilmu yang telah aku pelajari untuk semester ini. Pape pun aku berharap agar aku mampu memperoleh result yang baik. InsyaAllah.