Jom Kita Berkawan

Wednesday 31 October 2012

Suara Perempuan Itu Aurat

Ada member aku cakap aku ni kasar, garang, sombong n hati keras macam batu bila bercakap dengan lelaki. Oh yer ker??? Memang aku sengaja cakap kasar pun....hehehe

Ada sebab kenapa aku suka cakap kasar n garang bila berbicara dengan lelaki, bukan apa diaorang ni mudah cair kalau perempuan cakap lemah lembut dengan mereka. Aku tak nak goyahkan iman lelaki dengan berbicara manja dan lemah lembut kerana suara orang perempuan tu sebenarnya aurat.

Bagi aku tak mengapalah andai mereka me"lebal"kan aku sebagai orang yang garang dan kasar, kerana garang dan kasar yang ada dalam diri aku inilah yang membuatkan mereka (golongan lelaki) menghormati aku sebagai seorang perempuan yang bermaruah.




 


Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32: terjemahannya "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)"


P/s: Berhati-hatilah apabila berbicara dengan lelaki kerana bicara seorang perempuan itu mampu  menggoyahkan iman lelaki. (Tolong kasihani kaum adam) ^___^





No comments:

Post a Comment