Jom Kita Berkawan

Saturday, 23 June 2012

Penilaian Tentang Diriku...

Dalam sedar, tidak sedar aku sudah pun menamatkan semester keempat di UPM dalam bidang Bahasa Dan Linguistik Melayu. Maknanya hanya tinggal 1 tahun lagi aku bakal menghabiskan sisa-sisa keindahan sebagai pelajar di UPM.

Malam ini aku akan pulang ke kampung halaman tercinta, rindu betul dekat family. Lama sungguh tak pulang ke kampung halaman. Kelantan wait 4 me ok...^__^

Actually masa aku tengah sibuk kemas barang tadi, aku terjumpa satu kertas yang masih tersimpan rapi didalam sebuah buku.

Kertas tersebut merupakan penilaian daripada rakan-rakanku tentang diriku. Penilaian ini di buat semasa aku berada di semester kedua ketika aku mengikuti Kokurikulum Bakti Siswa.

Tak sangka plak boleh terjumpa balik kertas ni. Bila aku baca balik kertas ni rasa macam teringin kembali ke masa lalu di mana aku mula-mula bertemu dengan kawan-kawan Bakti Siswa ku.

Sekiranya Doraemon itu benar2 wujud, aku nak pinjam mesin masa dia supaya dia bisa bawa aku kembali mengecapi memori yang terindah itu sekali lagi.

Tapi setakat ini fikiranku masih lagi waras seperti biasa kerana aku yakin dan pasti Doreamon itu tidak wujud di alam yang nyata. Hehehe.

Antara penilaian yang di buat oleh member-member ku yang tersayang ialah:

  • Sangat-sangat outspoken.
  • Boleh diharap.
  • Active.
  • Lawak Seyh :)
  • Kah3! Lawak mantop - xtive
  • U can make a good team leader!
  • sporting n seorang yang peramah. :)
  • you can be the final PM (women)
  • happy go-lucky.
  • Peramah, kelakar.
  • Hepi kawan dengan awak!!!
  • Saya suka awak!!! awak kelakar.....
  • Berkepimpinan
  • Ma memang BEST!!!
  • Selamba
  • Cool
  • Bertanggungjawab, "caring".
  • Periang - Selalu happy
  • Bagus, leh jadi ketua yang baik.
  • Sporting, have to keep this for the rest of your life.
  • Ok
  • Kelakar.
  • Hai Rohama : Kamu sangat baik + Peramah + ley jadi pemimpin yang baik...gud lucks!
  • Kelakar, boleh bekerjasama dalam kumpulan.
  • Kelakar, best. Boleh jadi best dalam hidup.
  • Cool, sporting, kelakar, peramah.
  • Sporting, agak beria2, tapi bagus! keep it up, frenz!! serumpun.
  • Tolol.
  • Sporting.
  • Fluently
  • Motivasi tinggi.
  • Mc yang ada masa depan.
  • Bagus, kepimpinan, ceria, tegas.
  • friendly, sporting...kepimpinan yang baik, all the best in ur life.
  • Peramah ^_^
  • Friendly. Tegas pada tempat. Kelakar sokmo ^__^. Suka berkawan dengan ma.
  • I like Ratu Baksis.



 Inilah insan-insan yang bertanggungjawab menilai diriku.

Actually aku pun tak berapa pasti kenapa rakan-rakan aku cakap aku ni kelakar and lawak. Lawak ker??? Hehehe.  Pape pun kamu semua memang TERBAIK ^____^


Buat teman-teman seperjuangan, 
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini dan meninggalkan kenangan manis yang tak mungkin terhapus di dalam sanubari.

Ketahuilah teman,
Di mana jua kau berada, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu semua,
Semoga kita semua bisa menggapai impian yang kita impikan selama ini.
Jangan Pernah Lupakan Aku......^__^







No comments:

Post a Comment