Jom Kita Berkawan

Friday 18 May 2012

Pesan Pak Cik Driver Bas




Pagi tadi waktu aku nak pergi submit assigment, aku tertarik kepada satu memo yang dilekatkan didalam bas. Terdapat empat memo yang sama dilekatkan di setiap penjuru didalam bas tersebut. Aku pun tak pasti memo tersebut mendapat perhatian orang lain atau pun tidak. Mungkin juga ada yang nampak, mungkin juga ada yang tak nampak, dan mungkin juga ada yang nampak tapi buat-buat tak nampak. Memo tersebut bertulis begini:

"Wahai anak-anak, Allah nampak (melihat ). Walaupun Pak Cik Driver Bas tak nampak. Oleh itu, janganlah anak-anak yang bijak pandai tinggalkan dan membuang sisa-sisa makanan di dalam bas. Terima Kasih."

Ayat Pak Cik Driver Bas sangat-sangat terkesan di hati. Bukan sebab aku yang selalu buang sampah dalam bas Pak Cik tu. Tapi kata-kata Pak Cik Driver Bas membuatkan aku terfikir bahawa ramai lagi mahasiswa di negara kita tidak mempunyai kesedaran sivik. Diaorang ni tak belajar sivik kot. Hehe.

Sepatutnya bila kita makin berilmu, kita akan jadi makin bertanggungjawab bukan sahaja terhadap harta sendiri, tetapi juga terhadap harta orang ramai.

Entry aku kali ni bukan untuk menasihati siapa-siapa sebab aku pun tak cukup sempurna juga. Sekadar ingin berkongsi Pesanan Ikhlas Pak Cik Driver Bas sahaja.

Cuba laa kita fikir Pak Cik Driver Bas penat-penat hantar kita ke kelas dengan selamat, tapi kita balas jasa mereka dengan membuang sampah dalam bas mereka. Inikah yang dikatakan sifat mahasiswa???

Jangan buat Pak Cik Driver Bas kecik hati dengan kita, nanti Pak Cik Driver Bas merajuk, nak wat macam mana?? Terus Pak Cik Driver Bas berhenti kerja tak nak bawak bas dah. Hehe. Kita nak pergi kelas dengan apa??? Jalan kaki??? Ko sanggup jah??? ^__^

Sebelum aku akhiri entry kali ni, pesan aku kepada mahasiswa- mahasiswi yang bijak pandai agar bijak menghargai kemudahan yang di sediakan.


P/S :Berikan ucapan terima kasih kepada Pak Cik Driver Bas supaya mereka rasa di hargai.




No comments:

Post a Comment