Jom Kita Berkawan

Friday 30 September 2011

Soalan Bangang Yang Buat Orang Bengang




1) Bila orang nampak ko baring sambil tutup mata:

S: Ko tido ker???
J: Tak la, aku training macam mane nak mati nanti.

2) Imagine ko bawak tv ko yang rosak jumpa technicion suruh repair, dia mesti tanya gak:

S: Nak repair tv ker???
J: Tak laa, aku bosan!!! so saje laa bawak tv ni jalan-jalan.

3) Time ko bangun tido, terus ada orang tanya:

S: Baru bangun tido ker???
J:  Ish, aku tengah tido sambil berjalan laa ngok.

4) Kawan ko call phone umah ko:

S: Ko katne ni???
J: Sini, kat bus stop..!!

5) Diaorang nampak ko keluar dari bilik mandi basah-basah:

S: Ko baru mandi ker???
J: Mane ada, aku baru lepas jatuh dari lubang jamban tadi.

6) Korang didalam toilet, pintu berkunci, ada gak orang datang ketuk pintu dan tanya:

S: Ada orang tak???
J: (*suara kiut*) mane ada orang!! taik yang bercakap ni.....bikin panas tu!!!







Wednesday 28 September 2011

Cara-Cara Nak Cover Malu....



1. Kalau tersepak batu : Jangan bangun terus, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai......lepas tu baru bangun bila tak de orang nampak.

2. Kalau terjatuh basikal : Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi berkali-kali supaya orang ingat anda sedang buat lawak.

3. Kalau terjatuh tangga : Terus bersilat seolah-olah anda di rasuk dan sedang berlawan dengan makhluk halus.

4. Kalau terjatuh dalam longkang : pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5. Kalau terjatuh ketika nak naik bas : Jeritlah kuat-kuat...."Oii, apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang anda.



Sunday 18 September 2011

Darurat????

Air....air.....air......buka jer Facebook semua orang tengah bercerita pasal air. Seharian tak de air, baru aku rasa betapa pentingnya air.

Pasal ape plak xde air kat kolej aku niey??? ada orang boleh jawab tak soalan aku.....confuse gak ni. Tengah-tengah bandar tak de air. Kalau kat kampung tak de air...boleh gak aku amik air kat perigi.

Nak dapatkan air kene plak beratur selama 2 jam.....itupun terhad kepada 1 baldi sahaja. Mana cukup weiiii....nak mandi lagi..nak amik air sembahyang lagi.........xcukup dengan 1 baldi jer. Pas 2 kalau laa keadaan emergency nak guna air tengah-tengah malam buta sape nak jawab. Nasib badan......pape pun redha jer laa...huhuhu.



Ni laa gambar yang sempat aku amik guna camera tepon ku yang xberapa canggih



Berpusu-pusu tengah beratur nak amik air



Muka mereka-mereka yang tengah penat menunggu



K laa xmo cakap banyak-banyak nanti korang boring plak. Hehehe. Dengan hati yang gembira nak memunggah air......lalalalalalalala (kononnya gembira).....K bye2......huhuhu








Bila Harus Melepaskannya Pergi...




Cinta......satu perasaan yang tulus ikhlas terbit dari hati seorang insan yang bergelar manusia. Aku yakin semua orang pasti pernah jatuh cinta.

Aku juga pernah mengalami perasaan yang sama. Tapi apa yang aku rasa tidak sama dengan perasaan yang di alami oleh pasangan yang bercinta. Perasaan cinta yang ada di hatiku adalah perasaan yang kusimpan tanpa pengetahuan sesiapa. Inilah yang di namakan cinta dalam diam....

Bila belum siap untuk meluahkan rasa cinta di hati, cara yang terbaik adalah menyintainya dalam diam, menyintainya dari kejauhan, menyintainya dengan kesederhanaan dan menyintainya dengan keikhlasan.

Menyimpan sebuah perasaan kepada seseorang ibarat menyimpan sebuah bom yang bakal meletup suatu hari nanti. Begitulah perasaan yang aku alami setiap hari. Ingin sekali aku lemparkan bom itu jauh-jauh dari sudut hatiku. Namun apakan daya, aku hanya insan biasa tak mampu menolak rasa cinta kurniaan-Nya.

Setiap hari aku berpesan kepada hati agar tidak terlalu memberi harapan kepada si dia kerana mungkin si dia bukan tercipta untukku. Kata orang....  "Jika kita cintakan seseorang, Lepaskan dia pergi....Jika dia kembali, Dia adalah takdir kita. Jika tidak, dia memang bukan tercipta untuk kita".

Setelah sekian lama menyimpan sebuah perasaan yang tiada berpenghujungnya. Aku nekad untuk melepaskannya pergi dari sudut hati. Bukan niat untuk menolak takdir dan tak pernah terdetik di hati ini untuk menolak rasa cinta yang di kurniakan Allah kepada diriku. Aku sedar betapa indahnya perasaan cinta yang di kurniakan Allah itu.

Namun hati dan perasaan ini ingin sekali memberi ruang pada hati insan lain yang sememangnya menanti untuk mengisi kekosongan dihatiku.

Seandainya kamu bisa merasai apa yang aku alami, sudah pasti kamu tahu mengapa aku terpaksa menghapuskan namamu di sudut hatiku......InsyaAllah andai ada jodoh pasti kita akan bertemu suatu hari nanti.




Jodoh Dan Takdir

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untukku curahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna

Dikala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak kupinta yang menawan
Tidak kuharap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan



Saturday 17 September 2011

Indahnya Cinta...

Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya saja, kerana dia mungkin menjadi orang yang kamu benci suatu hari nanti......

Bencilah orang yang kamu benci sewajarnya saja, kerana dia mungkin menjadi orang yang kamu cintai suatu hari nanti....





Di sini terdapat sebuah kisah............

Disudut pasar madinah, terdapat seorang pengemis buta, yang tua lagi uzur....berbangsa yahudi. Setiap hari, seorang pemuda yang berhati mulia datang menyuapkan makanan kepadanya. Sambil-sambil makan, si tua menghina dan mencela Nabi SAW.

Katanya " Wahai anak muda, jangan kau dekati Muhammad! Dia itu pembohong, Dia itu tukang sihir! Jika kau dekatinya, Maka kau akan dipengaruhinya!"

Begitulah sikap si tua sehingga suatu hari dia mengeluh..... "Dimanakah si pemuda yang mulia itu?"

Datang seorang pemuda yang lain pula.....menyuapkannya.....tapi, dia merasakan perbezaan yang sangat nyata...

Lalu dia bertanya " Kaukah yang selalu datang kepadaku??" Si pemuda menjawab " Ya, akulah orangnya...."
Jawab si tua " Engkau berdusta! aku dapat merasakan perbezaannya!!!"

Kata si pemuda pula " Maafkan saya pak cik, memang bukan saya yang selalu datang kepada pak cik...."
Si tua bertanya lagi " Siapakah pemuda mulia itu wahai anakku??". Jawab si pemuda " Dia adalah Muhammad SAW! Malangnya baginda sudah wafat.....".

Si tua terkejut bukan kepalang, lantas mengalirkan airmata lalu mengucapkan syahadah.......bersaksikan pemuda......Khalifah Abu Bakar As-Sidddiq.

Begitulah kemuliaan dan kecintaan baginda SAW.......Baginda tidak berdakwah dengan lidah sahaja......Tetapi dengan hati nuraninya......



"Indahnya Cinta Andai Kerana Allah Dan Rasulullah"





Monday 12 September 2011

Bad Day

Cuti 4 bulan tak terasa lamanya. Tup tup dah sampai UPM. First day sampai sini pukul 3.30 pagi.....kunci bilik tak de. So aku terpaksa laa bermalam dekat surau serumpun.

Pukul 9 pagi pi amik kunci bilik. Niat di hati nak rehat puas-puas. Tetiba teringat plak yang bilik aku di jadikan bilik stor. Dalam keterpaksaan, nak tak nak kena jugak kemas bilik yang penuh dengan barang-barang. Dah laa badan penat 8 jam duduk dalam bas.



 Ni keadaan bilik aku bila pertama kali aku bukak pintu bilik.



Ini plak keadaan luar bilik setelah aku dan roomate ku bertungkus lumus mengeluarkan segala macam barang-barang yang tersimpan dekat bilik aku.


 Rasa macam nak pengsan aku keluarkan semua barang-barang ni. Dah laa masa ni tak makan lagi. Tak de tenaga. Yang ni kira separuh laa daripada barang-barang yang di keluarkan. Separuh lagi tersimpan dalam bilik, bagi peluang dekat tuan punya barang amik sendiri. Penat weiiiiii!!!!!




Tadaaaa!!! Ni laa bilik aku setelah berjaya mengeluarkan segala macam barang-barang yang tersimpan di dalamnya. Agak sendiri laa yang mana satu katil aku erk....wahahaha



Hari ni rasa macam tak sihat plak. Seluruh badan rasa lenguh-lenguh. Tolong laa En Batuk, En Selsema dan En Deman......aku tak alu-alukan kedatangan kamu....pi main jauh-jauh erk........huhuhuhu