Jom Kita Berkawan

Monday, 12 September 2011

Bad Day

Cuti 4 bulan tak terasa lamanya. Tup tup dah sampai UPM. First day sampai sini pukul 3.30 pagi.....kunci bilik tak de. So aku terpaksa laa bermalam dekat surau serumpun.

Pukul 9 pagi pi amik kunci bilik. Niat di hati nak rehat puas-puas. Tetiba teringat plak yang bilik aku di jadikan bilik stor. Dalam keterpaksaan, nak tak nak kena jugak kemas bilik yang penuh dengan barang-barang. Dah laa badan penat 8 jam duduk dalam bas.



 Ni keadaan bilik aku bila pertama kali aku bukak pintu bilik.



Ini plak keadaan luar bilik setelah aku dan roomate ku bertungkus lumus mengeluarkan segala macam barang-barang yang tersimpan dekat bilik aku.


 Rasa macam nak pengsan aku keluarkan semua barang-barang ni. Dah laa masa ni tak makan lagi. Tak de tenaga. Yang ni kira separuh laa daripada barang-barang yang di keluarkan. Separuh lagi tersimpan dalam bilik, bagi peluang dekat tuan punya barang amik sendiri. Penat weiiiiii!!!!!




Tadaaaa!!! Ni laa bilik aku setelah berjaya mengeluarkan segala macam barang-barang yang tersimpan di dalamnya. Agak sendiri laa yang mana satu katil aku erk....wahahaha



Hari ni rasa macam tak sihat plak. Seluruh badan rasa lenguh-lenguh. Tolong laa En Batuk, En Selsema dan En Deman......aku tak alu-alukan kedatangan kamu....pi main jauh-jauh erk........huhuhuhu







No comments:

Post a Comment