Jom Kita Berkawan

Wednesday, 28 September 2011

Cara-Cara Nak Cover Malu....



1. Kalau tersepak batu : Jangan bangun terus, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai......lepas tu baru bangun bila tak de orang nampak.

2. Kalau terjatuh basikal : Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi berkali-kali supaya orang ingat anda sedang buat lawak.

3. Kalau terjatuh tangga : Terus bersilat seolah-olah anda di rasuk dan sedang berlawan dengan makhluk halus.

4. Kalau terjatuh dalam longkang : pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5. Kalau terjatuh ketika nak naik bas : Jeritlah kuat-kuat...."Oii, apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang anda.



No comments:

Post a Comment