Jom Kita Berkawan

Tuesday 16 April 2013

Asas Fotografi UPM

Selepas belajar mengenai asas grafik pada minggu yang lalu, kami diajar plak berkenaan dengan asas fotografi oleh DR Notts yang tercinta. Hehe.

Kata Dr Notts, asas fotografi ada tiga jenis iaitu Mug Shot, Medium Shot, dan Full Shot.

Mug Shot ialah gambar yang di ambil daripada sudut muka sahaja dan tidak boleh menampakkan bahu.

Medium Shot plak gambar dari pinggang ke atas. Manakala Full Shot pula ialah gambar penuh iaitu dari kaki hingga kepala.

Setiap gambar yang kami hasilkan perlulah mempunyai pelbagai emosi iaitu marah, sedih, gembira dan sebagainya. Gambar tersebut pula perlu berlatar belakangkan warna putih.

Aktiviti yang kami lakukan didalam kelas ini nampak seronok, namun ianya memberikan tekanan kepada kami kerana kami perlu menyiapkan kerja ini dalam masa 2 jam.

Seperti biasa kami semua pun bertungkus lumus lah menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan dengan berbekalkan tekanan emosi yang tinggi. hahahaha.

Kata Dr Notts, dia mahu kerja yang diberikan itu dihantar sebelum pukul 2.10 melalui emailnya. Sekiranya melebihi jam 2.10, kerja itu tidak akan dilayan sama sekali.
(OH TIDAKKKK!!!!!!)

Namun, berkat usaha gigih kumpulan Aura Cantik Lagi Comel ni....kerja itu dapat di hantar tepat jam 2 petang.  Terasa seperti selesai hutang satu juta....hahaha.

Antara gambar-gambar yang diambil sebagai bahan kerja:

MUG SHOT

Merajuk
Poyo
Dukacita
Gembira
Menggoda
MEDIUM SHOT

Gembira
Marah

 
Sentap

Malu
  Comel
FULL SHOT
Ego
Menggoda
Sedih
Sopan
Menyampah
Itu saja gambar yang mampu aku sediakan untuk kali ini, tak boleh letak gambar banyak-banyak nanti korang semua plak yang menyampah tengok model-model yang tak bertauliah ni....hehehe
Jumpa next entry ok...bye2

No comments:

Post a Comment