Jom Kita Berkawan

Sunday 14 April 2013

Asas Grafik UPM


Enry aku kali ni nak bercerita tentang asas grafik yang aku belajar dalam subjek Bahasa Dalam Multimedia (BBM310).

Ingat lagi tak DR Normaliza aka Dr Notts yang pernah aku ceritakan dalam entry aku sebelum ini??? Mesti ingat kan..kalau tak ingat boleh baca entry tu kat sini. ( Dr Notts )

First class bersama Dr Notts, kami ditugaskan untuk membina satu kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 @ 6 orang ahli.

Kumpulan aku terdiri daripada 5 orang ahli yang digelar sebagai Aura Cantik....Cantik ke??? Hahaha

Tugasan pertama kami ialah kami diminta membawa alat-alatan seperti berikut iaitu:
-Majalah
-Mounting board
-Gam
-Gunting

Apa yang perlu kami lakukan dengan alatan tersebut??

 Kami diminta untuk memilih gambar mengikut kesesuaian, keseimbangan, mudah, teks, dan warna.
Gambar tersebut plak perlu ditampal di atas mounting board dan kami perlu menjelaskan kenapa gambar tersebut dipilih sebagai gambar yang seimbang, mudah, teks, sesuai dan warna.

Agak susah jugak kan...hehe. Ni bukan agak-agak dah, memang susah sangat-sangat. Kerja pula perlu di siapkan sebelum kelas berakhir. Maknanya hanya 2 jam sahaja kerja tu perlu disiapkan.









Antara gambar-gambar yang sempat di ambil semasa aktiviti dijalankan. sempat lagi bergambar walaupun sibuk. hehe. Ok laa tak nak cerita panjang-panjang. Tunggu next entry berkenaan dengan Asas Fotografi plak yer..:)





No comments:

Post a Comment