Jom Kita Berkawan

Monday, 20 June 2011

JODOH

Apa itu jodoh??? selalunya kita dengar ada orang cakap, "Jodoh pertemuan ditangan Tuhan" dan ada juga yang cakap "kalau ada Jodoh tak kemana". Jodoh sebenarnya ialah pasangan hidup kita yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Dan yang pastinya Jodoh itu adalah Rahsia Allah SWT kerana kita tidak tahu dengan siapa kita bakal disatukan. Bercerita mengenai jodoh ni.....aku tertarik kepada satu sajak iaitu sajak Aminah Qutbi kepada bakal suaminya.





Sajak Aminah Qutbi

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi, Sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
  Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka, Campakkanlah kedalam hatiku,
                              Cinta kepadanya adalah kerana-Mu                                               
dan campakkanlah kedalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan padaku.




Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa agar kita beroleh Jodoh yang soleh/solehah. Insyaallah.....
Seperti firman Allah SWT yang menyebut, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26).




No comments:

Post a Comment