Jom Kita Berkawan

Thursday 6 October 2011

Hati Dan Perasaan




Sukar untuk kita memahami hati dan perasaan sendiri......Lebih-lebih lagi untuk memahami hati dan perasaan orang lain.

Kadang-kadang teringin sekali menyingkap di lubuk hatinya. Ingin sekali menyelami hatinya dan ingin sekali mengetahui isi hatinya.

Saat pertama kali mengenalinya.......kulihat sesuatu yang berbeza yang ada dalam dirinya berbanding dengan lelaki-lelaki lain yang pernah aku kenali, tapi aku tak mampu mengungkap perbezaan itu.

Adakah ini hanya suatu perasaan biasa yang singgah di dalam hatiku??? Jika ini hanyalah perasaan biasa.....kenapa hatiku rasa sakit bila melihat ada insan lain yang turut meminatinya dalam diam.

Hati rasa lebih sakit lagi apabila mendapat tahu kawan aku sendiri meminati orang yang sama. Perlukah aku mengundurkan diri??? Perlukah aku memberitahunya bahawa aku turut meminati orang yang dia minati???

Andainya aku bisa membaca hatinya.......sudah pasti akan terungkai sebuah persoalan yang selalu bermain di mindaku dan akan terciptalah satu jawapan yang sentiasa aku nantikan selama ini. 

Oh Hati.....Oh Perasaan.....Tabahlah......Terimalah perasaan yang wujud itu sebagai satu ujian dari Allah kepadamu.........dan letakkan ia ditempat yang paling ikhlas dalam hatimu......InsyaAllah kamu akan redha dengan segala yang Allah tentukan untukmu....:)




Sesuatu Yang Berbeza

Ada sesuatu yang berbeza
Di saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Di saat ku bertemu dengan dirimu
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
Untuk cinta ini









9 comments:

  1. perang dan cinta..well branikan diri n bagitau hal sbenar..apapn jwapannya..hati kita pasti lbih tnang pas kuarkan smuanya yg trbuku

    ReplyDelete
  2. salam kenal, upm colony jugak ni yek..

    complicated problem ni..

    cari lah jalan penyelesaian sebelum terlambat..

    walau apa pun jawapan yang terungkai nanti..pegang lah firman Allah ini..akak selalu ingatkan diri akak dengan ayat ni jika ditimpa
    kesulitan..

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


    Insya Allah dik..semuga tenang ye

    ReplyDelete
  3. salam.. sangatlah susah bila kita berhadapan dengan perasaan sendiri kan..

    blokwalking sini..:)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam.....terima kasih atas sokongan dan pandangan yang di berikan...:) Sesungguhnya memang sukar untuk berhadapan dengan masalah hati dan perasaan. InsyaAllah andai dia ditakdirkan untuk saya maka saya terima dia dengan hati yang terbuka....jika dia bukan tercipta untuk saya, maka saya terima segala Ketentuan Yang Maha Esa kerana Sesungguhnya hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh saya....:)

    ReplyDelete
  5. maa,adakah dia yg dimaksudkan itu adalah DIA yg selalu ak matchingkn dgn mg??huhu...anyway perasaan wanita itu halus sbb itulah kita mudah terasa n merasa...lagu butterfly pn nyo sedih sgt,smpaikn ak baca nk menitis air mata nih...uhuhhu...saya suka blog anda!!!!^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....siapakah??? DIA erk??? bukanlah...tengok laa tarikh entry ni 6 oktober 2011, tahun lepas punya story. Kitakan kenal DIA tahun niey....mustahil DIA adalah orang yang aku maksudkan dalam entry ni...hehehe. Pape pun thanks sebab menyukai blog aku yang xseberapa niey....^___^

      Delete
  6. hahahahahahahahahaha...adakah DIA memang ada dalam HATI CIK ROHAMA????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh TIDAK SAMA SEKALI....hahaha
      Pandai yer kamu2 semua buat gosip....:D

      Delete