Jom Kita Berkawan

Friday 9 December 2011

Buat Insan Bergelar SAHABAT..

Lama betul aku tak meng"update"kan blog aku ni. Sibuk dengan assignment, presentation, kuliah, dan test membuatkan aku terpaksa membatalkan niat untuk menulis. Alhamdulillah, hari ini aku cuba luangkan sedikit masa untuk bercerita dengan blog kesayanganku ini.

Aku tertarik dengan sebuah cerita pendek yang boleh dikatakan cukup popular di Facebook sekarang. Cerita mengenai "TOMATO". Apa kaitan tomato dengan persahabatan??? Jom Layan.....




Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133-134:
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan ingatlah, Allah Mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

Memaafkan kesalahan orang lain bukan sesuatu yang senang, tetapi memberi maaf kepada orang yang membuat kesalahan menunjukkan seseorang itu berjiwa besar disisi Allah, bahkan jua disisi manusia. Mengapa kita begitu sukar memaafkan orang lain??? Adakah kita sedar bahawa Rasullullah sendiri memaafkan kesalahan umatnya. Apakah kita lebih hebat dari Nabi??? Begitu besarkah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu sehingga dia dihukum sedemikian???








Buat Insan Yang Bergelar SAHABAT..
Ketahuilah, aku hanya manusia biasa yang takkan pernah lari dari melakukan kesilapan,

Buat Insan Yang Bergelar SAHABAT...
Seandainya aku pernah melukakanmu dengan tutur bicaraku, maafkanlah aku.

Buat Insan Yang Bergelar SAHABAT...
Terimalah aku apa adanya, terimalah segala kelemahan dan kekurangan yang ada dalam diriku ini.

Buat Insan Yang Bergelar SAHABAT...
Seandainya aku pergi dulu, panjatkanlah doa buatku agar aku mampu bersemadi dengan tenang.
BERSAHABAT BUAT SELAMANYA.......^______^




Sekadar Renungan Bersama:

HIDUP ini susah kita nak DUGA :
Kadangkala kita rasa DEKAT dgn seseorang itu , tapi sebenarnya JAUH.
Walaupun kita dapat BERSAMA dia , belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI.
Mungkin kita boleh buat dia KETAWA ,tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA.
Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, walhal kehadiran kita langsung TAK DISEDARI. Kita tidak akan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN. 
Sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR..,
Adakah tangan DIHULURKAN atau DITINGGALKAN ???










6 comments:

  1. nice story ...keep writing :)

    ReplyDelete
  2. crita yg menarik... aku suke.. heheh

    ReplyDelete
  3. sama2 kita berkongsi sesuatu yang berfaedah....^____^ Tq sbb sukakan cerita niey...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Jom kunjungi Azhari Bundle untuk mendapatkan pakaian bundle berkualiti secara online dan langsung. Follow my blog :)

    ReplyDelete