Jom Kita Berkawan

Thursday 11 August 2011

Jom Layan Cerita Ramadhan Terakhir......

Hai......Salam sejahtera dan salam 1 malaysia, hari ini aku nak kongsikan tentang sebuah drama yang menarik minat aku time2 cuti ni.

"Ramadan Terakhir" sebuah slot samarinda yang telah pun ditayangkan di TV3 pada setiap hari selasa hingga khamis, pada pukul 10.30 malam. Cerita ni memang best. Walaupun barisan pelakon nya macam xglamour jer tp bila kita layan cerita ni memang agak menarik laa. Kredit kepada penulis skrip cerita Ramadan Terakhir ni. Kepada sesiapa yang belum layan cerita ni jom layan. Tak rugi pun kalau korang tengok, memang menarik (pasal ape plak aku lebih2 duk promote cerita ni....hehe). Lepas abis jer sembahyang terawih leh laa pakat dengan ahli keluarga ajak jiran2 sebelah umah duk depan TV mengadap cerita ni erk....:)


Haa.....ni dia aku bagi sebijik gambar pelakon cerita Ramadhan Terakhir ni.


Apa Yang Menarik Pasal Cerita Niey???? Ok meh aku ceritakan......

Ramadan Terakhir ni mengisahkan tentang Hisyam (seorang usahawan yang berjaya), cuba untuk berubah ke jalan yang benar setelah di sahkan menghidap penyakit kanser yang kronik (HIV). Perubahan Hisyam tidak di sukai oleh isterinya Mazni yang terus hanyut dengan keenakan dan keseronokkan dunia. Malah anak lelakinya Daniel turut sama mengikuti jejak langkah ibunya. Kehadiran Sakinah dalam keluarga Hisyam menggantikan Mak Hawa sebagai pembantu memberi sedikit tanda tanya. Siapa Sakinah???? Hisyam juga seringkali bermimpi tentang seorang perempuan yang bernama Khadijah. Siapa Khadijah??? Soalan ini akan terjawab selepas aku tengok cerita ni sampai habis....hehehe. Jom layan!!!

Dalam cerita ni, aku paling suka tengok watak Mazni......mulut dia sungguh lazer, dah laa xpuasa....haha....sangat mantap lakonan Fazlina Ahmad Daud. Rupanya akak Fazlina ni adik kepada Kak Ogy Ahmad Daud. Patut laa.....muka diaorg pun ada iras2 gak.






Ost Ramadan Terakhir- Jangan Lupa Namaku nyanyian kumpulan Pompa Bansin, memang power arr lagu niey. Tapi yang full punya lagu 2 xde lagi kat You Tube. Kekadang tertanya2 gak sape Pompa Bansin.....pelik jer namanya. Tapi kalau dalam bahasa indonesia pompa bansin tu maksud dia pam petrol. Bikin panas laa kumpulan ni sebab main minyak.....lama2 terbakar tau....hahaha. Tapi kadang2 dengar nama kumpulan ni cam kumpulan bersin pun ada gak....wahahaha (jangan marah erk Pompa Bansin).

Suara perempuan dlam kumpulan ni sama dengan suara Nadia Aqilah kalau xsilap aku. Siapa Nadia Aqilah??? Ala kumpulan Luscious yang join Gangstarz musim pertama. Tapi sekarang dia xjoin group 2 dah. Dia sekarang lebih ke arah dunia lakonan.....dia pegang watak jahat dalam cerita Tari Tirana yang bernama Chika. Kalau Tak kenal jugak nanti aku tunjuk gambar dia erk......




Korang ingat x?? ingat x???? ni laa Nadia Aqilah....hehehe

Jangan Lupa Namaku-Pompa Bansin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana
Aku merindui mu
  Kerana aku sentiasa menyintaimu

Bagi peluang kat korang yang minat lagu niey......xdapat lagu yang full, bagi lirik lagu pun ok dah. Nanti korang salin laa lagu ni erk. Pas tu time cite Ramadan Terakhir 2 mula, korang nyanyi laa lagu ni sambil pegang kertas yang korang salin tu hahahaha (lepas gian orang cakap). K laa xmo cerita bnyak2 dah.......Bye2.......:)

No comments:

Post a Comment