Jom Kita Berkawan

Monday 8 August 2011

Mampukah Aku Meraih Gelaran BIDADARI Itu????

"Dunia Ini Penuh Dengan Perhiasan Dan Seindah-Indah Perhiasan Adalah Wanita Solehah"

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita dunia lebih baik ataupun Bidadari?"

Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik dari bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"

Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning........." (hingga akhir hadis)

(Riwayat Al-Tabrani)

Sungguh tinggi darjat wanita solehah sehingga di katakan lebih baik dari Bidadari syurga. Tapi mampukah aku meraih gelaran bidadari itu??? Bidadari yang ada di dunia (Wanita Solehah). Biarlah ianya menjadi tanda tanya kepada diri ku sendiri kerana hanya kita yang tahu menilai siapa diri kita yang sebenarnya. Semoga hadis ini mampu memberi inspirasi kepada kita agar mampu memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.InsyaAllah.




Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah senang rela bersama.....

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk di laksanakan....

Mengalir airmata ku melihat pengorbanan
Puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika ku marah, inginku intipkan serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabahkan jiwaku setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merah,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita bernama Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah......





"Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikkan wajahnya, Kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya, daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncangkan iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah memujuk rayu, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat ilmu...."





"Wanita solehah adalah wanita yang sukar di mengerti, Biarpun di dunia namanya bukan siulan, namun di langit jadi bualan...Wajahnya adalah ketenangan, pandangannya menerbitkan ketulusan, kadangkala bisikannya menambahkan semangat perjuangan.."

"Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah, Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah, Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah, Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh, Hiasilah peribadimu dengan akhlak terpuji. Nilai diri seorang muslimah sejati."



Seindah Mawar Berduri

Kaulah mawar idaman,
Tumbuh di taman larangan,
Mekarmu di pagari dan di bajari ketaqwaan,
Sesuci hatimu seindah akhlakmu,
Diciptakan sebagai seorang wanita,
Mewarisi kelembutan wanita solehah.

Kembangmu tetp indah,
Walaupun cuma di taman larangan,
Menyinarkan Nur keimanan,
Nan mekar dihiasi mahmudah,
Seindah Mawar Berduri.







Sumber: dipetik daripada kata-kata pujangga wanita solehah.


No comments:

Post a Comment