Jom Kita Berkawan

Friday 21 October 2011

Luahkan Pada Yang SelayakNYA



Bila kamu sukakan seseorang, perlu ke kamu luahkan padanya??? Bagi aku, Cinta Yang Mahal itu Tak Perlu Diluahkan dan Tak Perlu diungkapkan dengan kata-kata.

Meskipun teringin sekali untuk meluahkan....namun takkan termampu untuk aku mengungkapkan kata-kata keramat itu. Mungkin kerana prinsip yang selalu aku pegang dalam diri "Takkan sesekali meluahkan rasa cinta pada lelaki melainkan lelaki itu yang meluahkan rasa hatinya padaku".

Mungkin prinsip yang aku pegang ini kedengaran agak pelik, namun sebagai seorang wanita..aku masih punyai maruah dan harga diri. Aku masih punyai rasa malu dalam diri untuk meluahkan rasa cinta pada seorang insan bergelar lelaki. Dan cara yang terbaik aku lakukan adalah meluahkan segala isihatiku pada Yang SelayakNYA.

Hanya ALLAH menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa hatiku dan hanya DIA juga yang tahu segala rahsia yang terpendam dilubuk hatiku. Tanpa jemu DIA mendengar rintihan hatiku walaupun aku seringkali mengadu padaNYA.

Dalam setiap doaku, aku seringkali memohon agar DIA memberi aku kekuatan, memberi aku ketabahan agar aku mampu menerima takdirNYA dengan hati yang redha dan terbuka. Sekarang aku dapat merasai ketenangan yang selama ini aku cari.


Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia,
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya,
Tapi luahan pada Allah, beritahu Allah,
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa,
Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah,
kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah,
Maka ia pun berhilir kerana Allah.

Jika dirimu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.

Ya Allah, jika ia benar untukku,
Kau pertemukanlah kami diwaktu yang tepat,
Jika ia bukan untukku...
Kau jadikanlah diri ini redha dan pasrah dalam menerima ketentuanMu,
Kau gantilah ia dengan yang lebih baik untukku,
Agar pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul bisa membantuku 
dalam menemui cintaMu yang bisa menyuburkan hatiku dengan keimanan.







6 comments:

  1. ma!!! sedih baca entry ni.. :( sesunguhnya hanya cinta pada ALLAH yg paling hakiki

    ReplyDelete
  2. Betul 2 Abil....:)
    Sesungguhnya Hanya DIA yang sentiasa ada untuk kita dikala kita susah mahupun senang.

    ReplyDelete
  3. syg rohama sedih...iskk8...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan Sedih2, Allah kan ada. Mungkin kita tak nampak DIA, tapi yang pasti DIA sentiasa ada bersama2 kita....:D

      Delete
  4. thanks coz ajr ak erti kesabaran...erti persahabatan...^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima ksih juga kerana sudi menjadi sahabat aku dan sanggup terima segala kekurangan yang ada dalam diri aku....(^_^)

      Delete