Jom Kita Berkawan

Tuesday 12 March 2013

Dilema






Angin petang yang bertiup lembut tidak mampu melenyapkan keresahan yang bertandang dihati Muaz. Dia seakan hilang arah, buntu memikirkan masalah yang di hadapinya. Entah kenapa hubungan yang dibina berlandaskan kasih sayang bersama Mona seakan-akan hilang begitu saja.

Perkenalan singkat antara dirinya dengan Mona telah membibitkan rasa cinta dihati Muaz. Meskipun Mona empat tahun lebih tua berbanding dengan Muaz, namun jarak umur tidak mampu membataskan rasa cinta dihati mereka. Lebih-lebih lagi perhubungan mereka mendapat restu dari keluarga masing-masing.

Namun sejak akhir-akhir ini, Muaz merasakan ada sesuatu yang hilang dari dalam dirinya. Suatu rasa yang sukar untuk digambarkan.

 “Perasaan...perasaan itulah yang hilang dalam diriku, perasaan cinta yang terbit untuk Mona” bisik hatinya perlahan.

Empat tahun bukanlah suatu masa yang singkat untuk mengambarkan hubungan cintanya bersama Mona. Banyak perkara yang telah lalui bersama, namun Muaz merasakan cinta yang dibina bersama Mona bagaikan tiada kesudahannya.

Dalam masa yang masa, Muaz turut mengenali Shiela dan dia begitu selesa apabila Shiela berada disampingnya. Suatu perasaan yang sama ketika dia mula mengenali Mona. Saat pertama kali bersua dengan Shiela, Muaz terpegun dengan kecantikkan yang dimiliki oleh gadis itu. Tidak hairanlah Shiela mempunyai ramai peminat dari pelbagai golongan termasuk lelaki mahupun perempuan.

Hubungannya bersama shiela menjadi bertambah rapat kerana Shiela sering berkongsi rahsia dan masalahnya kepada Muaz. Pada masa yang sama juga, Muaz bekerja di tempat shiela belajar dan memudahkan mereka untuk terus berjumpa setiap hari. 

Muaz sangat bahagia apabila bersama dengan Shiela, setiap saat yang dilalui bersama Shiela dirasakan cukup indah. Namun keindahan itu hanya sementara saja, apabila Muaz terbaca mesej cinta yang dihantar oleh perempuan lain kepada Shiela.

“ Sayang, malam ni you free tak??? My parents tak de, diorang outstation. Boleh la you lepak rumah I malam ni ”.
-Erika-

                Muaz sedikit terkejut apabila membaca mesej itu dan dia berasa sangat kecewa kerana Shiela sanggup memilih golongan sejenis.

                “Apa semua ni Shiela??? I tak sangka You sanggup buat perkara terkutuk macam ni”. Dia melemparkan pandangannya kearah Shiela mengharapkan sebuah jawapan.

                “Muaz, you jangan salah faham. I dan Erika hanya kawan, I.......”. Shiela terus berlalu tanpa sempat menjelaskan perkara yang sebenar. Muaz terdiam seribu bahasa menyaksikan kejadian yang tidak disangka-sangka.

                Sejak itu, Shiela jarang berhubung dengan Muaz. Malah panggilan Muaz juga tidak berjawab. Rakan lain cuba menjernihkan kembali hubungan antara mereka berdua, namun shiela enggan bersua muka dengan Muaz.

                Setelah agak lama tidak berjumpa, Muaz bertemu kembali dengan Shiela yang kebetulannya menghadiri majlis perkahwinan abangnya. Di saat itu juga Shiela meluahkan perasaannya terhadap Muaz. Dia akui bahawa dia turut menyimpan perasaan terhadap gadis itu tetapi apabila memikirkan hubungannya dengan Mona, dia hanya mendiamkan diri dan tidak mampu untuk membuat keputusan.

                Muaz tidak mampu menolak rasa cinta yang bertandang dihatinya untuk Shiela. Dia mula menerima cinta Sheila dan menerima diri Shiela seadanya. Shiela pernah memberitahu Muaz bahawa dia pernah ditinggalkan oleh teman lelakinya setelah tiga bulan bercinta akibat daripada perasaan cemburu yang terlampau. Muaz sangat simpati dengan nasib shiela dan dia merasakan ada kejujuran dari sinar matanya. Kesediaan Shiela berterus terang membuatkan kasih Muaz makin menggunung.

                Muaz berniat untuk berterus terang dengan Mona mengenai hubungannya dengan Shiela. Tiada guna menyimpan sebuah ikatan yang tidak berlandaskan kasih sayang.

“Mona, I ada sesuatu nak bagitau you. I harap you boleh terima apa yang bakal I sampaikan nanti”. Agak lama Muaz mendiamkan diri. 

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Mona yang menjadi pemerhati dari tadi hanya diam membisu mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Muaz.

“I tak mampu bersama you lagi Mona, I dah jatuh cinta dengan orang lain. I harap you mampu lupakan I dan you berhak dapat yang lebih baik daripada I”. Bergetar suara Muaz melafazkan kata-kata bimbang akan menyinggung perasaan Mona.

“Mungkin sudah ditakdirkan I bukan pemilik tulang rusuk you. I redha jika ini yang ditentukan olehNya. I harap you bahagia dengan gadis pilihan you itu”. Mona melangkah pergi setelah habis berkata-kata.

Muaz kaku seketika mendengar kata-kata Mona. Dia tidak menyangka Mona seorang gadis yang sangat tabah. Dia berasa sangat kesal meluahkan kata-kata itu kepada Mona. Perasaan bersalah makin menebal dalam diri Muaz. Dia menjadi semakin keliru dengan perasaannya sendiri. Muaz merasakan keputusannya meninggalkan Mona demi Shiela adalah keputusan yang tidak tepat memandangkan dia sering terganggu dengan kisah silam Shiela.

“Ya Allah, apa yang harus aku lakukan. Aku tak mampu memilih yang terbaik untuk diriku. Siapakah pemilik tulang rusukku ini???”.



TAMAT
Hasil Nukilan: Rohama Humaira


P/s: Kenapa ending dia tak berapa best??? Sebab pengarah cerpen (Prof Madya Dr Lim Swee Tin) suruh buat ending watak hero keliru untuk memilih yang mane satu pilihan hatinya...hehe


"Tak Semua Cerita Berakhir Dengan Kebahagiaan" ^___^




No comments:

Post a Comment