CANTIK !!! Suatu kata yang sangat sebati dengan kaum hawa. Bila berbicara tentang CANTIK, sudah pasti kita dapat membayangkan sesuatu yang sangat indah, menawan, mempesona dan mampu menarik minat kita.
Siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Semua wanita mahu kelihatan cantik di mata orang yang mereka suka. Betul tak??? Kalau ada yang cakap tak betul, tipu laa tu. Jangan tipu nanti Allah marah. ^__^
Kata CANTIK ini bisa buat manusia rasa kurang yakin dengan diri mereka sendiri. Sebelum keluar pasti kita akan terfikir " Eh, cantik ker aku pakai tudung macam ni erk??" Hati jawab " Cantik2" untuk puaskan hati sendiri. Tapi dalam hati masih ada lagi rasa tak yakin dengan diri sendiri kerana sifat manusia memang begitu terlalu mahukan kesempurnaan.
Bila rasa kurang yakin terus tanya kawan, "Ok tak aku pakai tudung ni?". Tolong laa cakap cantik (bermonolog dalam hati ). "Wei, cantik laa. Serius cantik. Sesuai sangat la tudung yang kau pakai dengan baju kau tu".
Bila mendapat pujian, kita rasa sudah cukup untuk menggambarkan kecantikan kita pada dunia. Manusia memang begitu terlalu memandang kecantikan luaran sahaja. Kecantikan yang mampu dilihat oleh MATA kasar.
Pernah tak dalam hidup ini korang tanya member korang, "Hari ni HATI aku cantik tak???". Rasanya mesti korang tak pernah buat kan? Cuba korang buat mulai hari ini.
Mungkin rakan kita tak mampu untuk menjawab pertanyaan kita kerana kecantikan HATI hanya mampu di lihat oleh Allah swt. Kerana kita tak mampu untuk membaca apa yang tersirat di hati seseorang.
Cuba kita nilai HATI kita sendiri. CANTIKkah HATI kita??? Kalaulah HATI bisa berbicara sudah pasti dia akan berkata, "Akak, hati akak hari ni timbul bintik hitam lagi. Rasanya kalau letak clorox pun tak tanggal. Tiap-tiap hari pasti bintik hitam itu akan muncul. Kalau tiap-tiap hari asyik timbul jer bintik hitam tu, lama-lama hati akak jadi hitam. Agak-agak bila hati dah hitam, cantik tak akak??"
Cubalah kita cari keCANTIKkan HATI. Walaupun sukar, walau pun payah, cubalah untuk terus bertahan. InsyaAllah Kecantikan itu bakal menjadi milik kita.
Ingatlah kawan, bila Hati kita CANTIK, Kita bukan sahaja CANTIK di mata manusia bahkan CANTIK di mata ALLAH SWT.
Usahlah terlalu mengejar kecantikan di mata manusia kerana apabila kamu di mamah usia sudah pasti kecantikan itu tiada lagi. Kecantikan yang kekal abadi adalah Kecantikan Hati. Alangkah indahnya hidup jika kita memiliki kedua-dua kecantikan itu. Pilihan terletak di tangan kita sendiri. Kecantikan di mata manusia atau kecantikan di hati. Apa pilihan kamu???
Ketahuilah Hawa,
Cantik Di Mata Hanyalah Kecantikan Sementara,
Mampukah Kau Terus Mengekalkan Kecantikan Itu Di Syurga Andai Tiada Kecantikan DiHati.
Tepuk Hati, Tanya Diri...^__^
- Rohama Humaira -
P/S- Aku bukan insan yang sempurna, tapi aku cuba untuk mencari kesempurnaan itu. Muhasabah Diri.
Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-Nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah









