Jom Kita Berkawan

Monday, 8 August 2011

Mampukah Aku Meraih Gelaran BIDADARI Itu????

"Dunia Ini Penuh Dengan Perhiasan Dan Seindah-Indah Perhiasan Adalah Wanita Solehah"

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita dunia lebih baik ataupun Bidadari?"

Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik dari bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?"

Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning........." (hingga akhir hadis)

(Riwayat Al-Tabrani)

Sungguh tinggi darjat wanita solehah sehingga di katakan lebih baik dari Bidadari syurga. Tapi mampukah aku meraih gelaran bidadari itu??? Bidadari yang ada di dunia (Wanita Solehah). Biarlah ianya menjadi tanda tanya kepada diri ku sendiri kerana hanya kita yang tahu menilai siapa diri kita yang sebenarnya. Semoga hadis ini mampu memberi inspirasi kepada kita agar mampu memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.InsyaAllah.




Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah senang rela bersama.....

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk di laksanakan....

Mengalir airmata ku melihat pengorbanan
Puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika ku marah, inginku intipkan serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabahkan jiwaku setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merah,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita bernama Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah......





"Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikkan wajahnya, Kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya, daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncangkan iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah memujuk rayu, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat ilmu...."





"Wanita solehah adalah wanita yang sukar di mengerti, Biarpun di dunia namanya bukan siulan, namun di langit jadi bualan...Wajahnya adalah ketenangan, pandangannya menerbitkan ketulusan, kadangkala bisikannya menambahkan semangat perjuangan.."

"Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah, Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah, Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah, Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh, Hiasilah peribadimu dengan akhlak terpuji. Nilai diri seorang muslimah sejati."



Seindah Mawar Berduri

Kaulah mawar idaman,
Tumbuh di taman larangan,
Mekarmu di pagari dan di bajari ketaqwaan,
Sesuci hatimu seindah akhlakmu,
Diciptakan sebagai seorang wanita,
Mewarisi kelembutan wanita solehah.

Kembangmu tetp indah,
Walaupun cuma di taman larangan,
Menyinarkan Nur keimanan,
Nan mekar dihiasi mahmudah,
Seindah Mawar Berduri.







Sumber: dipetik daripada kata-kata pujangga wanita solehah.


Friday, 5 August 2011

Di Hari Ulang Tahun Ku..........

Alhamdulillah........Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi di beri peluang untuk terus bernafas di dunia ini. Tanggal 5 Ogos merupakan hari yang sangat Bermakna dan Bersejarah dalam hidupku kerana pada tarikh inilah aku mula mengenali apa itu dunia.........Terasa sungguh bertuah pada tahun ini kerana ulang tahunku jatuh pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, di bulan Ramadhan Al-Mubarak, Bulan yang Mulia.....:)





Ucapan ribuan terima kasih tak terhingga buat sahabat2 yang mendoakan kesejahteraanku.......Sesungguhnya kalian amat bermakna dalam hidupku ini.........Di kesempatan ini juga, Aku memohon jutaan kemaafan di atas lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang selalu berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan hati kalian semua....(terasa macam nak raya plak).....hehehehe. Sebenarnya xperlu tunggu raya kalau kita nak mintak maaf kan.......terserah pada diri kita sendiri bila hati kita dah terbuka untuk meminta maaf dan memaafkan seseorg.......^___^

Kata orang tarikh ulangtaun kelahiran hampir sama dengan tarikh kematian kita (kiranya dekat2 laa). Setiap kali kita menyambut hari kelahiran, kita lupa yang kematian semakin hampir dengan kita. Bila terfikirkan tentang kematian, terasa macam amalan dekat dunia ni xcukup lagi dan bnyak lg yang perlu aku pelajari. Dan kadangkala aku terfikir, betapa sedihnya diri ini andai aku pergi sebelum sempat membalas jasa IBU ku. Sudahlah jasa AYAH xmampu kubalas di dunia ini.......hnya sekalung doa yang mampu aku panjatkan untuknya.... (sedih plak rasanya).

Doaku agar diri ini di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, mendapat jodoh yang soleh (InsyaAllah), di rahmati Allah SWT, semakin matang (kerana perangai masih lagi kebudak2kan) dan di permudahkan segalanya.....Amin.....:)





Ya Allah,
Semakin jauh langkah umurku meniti hari,
Ku pohon Hidayah-MU,
Moga di hari lahirku ini,
KAU Berkatilah umurku,
Dan Izinkan Aku Dekat Dengan Redho-MU....
Amin.....






Doa Hari Lahir

Ya Allah,
Panjangkanlah Usiaku,
Agar lebih lama dapat ku Mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,

Ya Allah,
Tambahkanlah amalan ku disaat bertambahnya usia ku,
Jadikanlah jalan Mu yang bersinar menyinari jalan ku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leher ku,
Sebagai tanda cinta ku pada Mu,

Ya Allah, 
Engkau tidak mensia-siakan segala usaha ku,
Mencari haruman Syurga ciptaan Mu,
Tempat Rehat dan Nikmat Abadi.....
Amin....





Tetiba plak minat lagu niey.......:)
Jom Layan......

Tanpamu-Sabhi Saddi & Helena  

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
 
Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantung ku berhenti
 
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak kan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
 
Tanpamu nafas ku terhenti
Kernamu ku ada disini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya
 
Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk untuk selamanya
Cintaku padamu


Monday, 20 June 2011

JODOH

Apa itu jodoh??? selalunya kita dengar ada orang cakap, "Jodoh pertemuan ditangan Tuhan" dan ada juga yang cakap "kalau ada Jodoh tak kemana". Jodoh sebenarnya ialah pasangan hidup kita yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Dan yang pastinya Jodoh itu adalah Rahsia Allah SWT kerana kita tidak tahu dengan siapa kita bakal disatukan. Bercerita mengenai jodoh ni.....aku tertarik kepada satu sajak iaitu sajak Aminah Qutbi kepada bakal suaminya.





Sajak Aminah Qutbi

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi, Sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
  Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka, Campakkanlah kedalam hatiku,
                              Cinta kepadanya adalah kerana-Mu                                               
dan campakkanlah kedalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan padaku.




Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa agar kita beroleh Jodoh yang soleh/solehah. Insyaallah.....
Seperti firman Allah SWT yang menyebut, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26).