Jom Kita Berkawan

Tuesday 16 August 2011

Panjat Pokok



 Seorang budak kecil sedang memanjat pokok kelapa di tepi rumahnya. Tiba-tiba di bawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang ke atas.

"Masya Allah" tok penghulu itu tiba-tiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau. "Hey budak! lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul!" Kata tok penghulu tersebut sambil mengeluarkan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.

Setelah pulang ke rumah, budak tersebut menceritakan segala-galanya kepada kakaknya. Esok pagi-pagi lagi, kakak budak tersebut memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam. Dalam hatinya berkata "Kalau adik aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00."

Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang ke atas. "Masya Allah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil kakak budak tersebut turun.

Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan. "Kamu dengan adik kamu sama saja, dah tau nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam....tak senonoh betul". Setelah selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata "Nah 20 sen, pergi beli pisau cukur".


P/S- cerita ni xde kena-mengena dengan sape2.....just 4 jokes ok......hehehe

2 comments: